Monday 23 September 2019

POKOK BUAH CEMPEDAK MADU


Perkataan 'madu' banyak digunakan untuk buah. Perkataan madu digunakan pada nama buah untuk menerangkan bahawa buah jenis itu rasanya manis dan bersari yang dikaitkan dengan madu.

Turut menggunakan perkataan madu ialah cempedak madu. Cempedak madu isinya agak kecil sedikit tapi rasanya memang manis dan lazat

Cempedak madu sesuai ditanam di bawah iklim yang panas dan lembap. Pokok cempedak boleh mengeluarkan hasil apabila berumur 3 hingga 4 tahun

Serangga seperti lalat buah gemar bertelur di dalam buah yang hampir masak. ia gemar mengorek dan memakan isi buah. Untuk mengatasi masalah ini, buah perlu dibungkus atau dibalut apabila mencapai ukuran 16-18 cm.

Pokok cempedak boleh mencapai ketinggian sehingga 25 m. Pokok ini mengandungi getah yang pekat berwarna putih. Batangnya tegak dan pendek. Pucuk baru, daun dan tangkai bunga dipenuhi dengan bulu yang halus dan tajam berwarna coklat.

Bunga jantan dan bunga betina berasingan pada pokok yang sama. Jambak bunga jantan terdapat di ranting di hujung dahan. Manakala jambak bunga betina terdapat di ranting pendek dan tegap pada dahan sisi utama dan batang pokok.

Buah cempedak tergantung pada tangkai yang kuat dan agak gemuk. Apabila masak buah berbentuk bujur dan panjangnya 24-25 cm. Buah yang masak mempunyai bau yang kuat.

No comments:

Post a Comment