Rejab
bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah. Di negara kita, apabila masuk bulan Rejab,
maka banyak orang memperkatakan tentang fadilat melakukan ibadat dalam bulan
Rejab, terutama berpuasa sunat.
Dibacakan
hadis menceritakan fadilat puasa pada Rejab. Contohnya ada riwayat menyatakan berpuasa
satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan
syurga paling tinggi.
Jika
berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27
Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari
berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya.
Adakah
benar ada maksud hadis sedemikian? Kalangan ulama hadis mengkategorikan hadis fadilat
Rejab ialah dhaif, sangat dhaif dan maudhuk (palsu).
Setelah
mengetahui ia hadis palsu, tidak perlu lagi kita meneruskan amalan berdasarkan kepada
hadis palsu itu.
Bagi
mereka ingin meneruskan amalan berpuasa pada bulan Rejab, tiada halangan, namun
bukan kerana terpengaruh dengan hadis palsu.
Dalam
amalan berpuasa, ada hadis sahih menerangkan puasa sunat. Contohnya puasa tiga
hari setiap bulan. Hadis ini ada dalam riwayat Imam Muslim. Antara amalan Nabi
Muhammad SAW ialah berpuasa pada Isnin dan Khamis seperti riwayat Imam Muslim.
Begitu juga puasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan seperti
diriwayatkan Sunan Abi Daud.
Oleh
itu, berpuasalah pada Isnin dan Khamis. Juga berpuasa pada 13, 14 dan 15 Rejab.
Dalam puasa sunat ini pun, bilangannya sudah 10 hari.
Bagi
yang sudah lama beramal dengan fadilat Rejab, namun kini mungkin diyakininya
hadisnya tidak sahih, jangan bersedih. Amalan baik yang dibuat insya-Allah
tidak akan sia-sia.
Hendaklah
disedari bahawa Allah SWT itu sifat-Nya Maha Pengampun. Rahmat Allah SWT
meliputi segala sesuatu. Sudah tentu hasil jerih seseorang insan beribadat
sekadar kemampuan yang ada akan diganjari.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala
golongan yang berbuat baik.” (Surah at-Taubah: 120). .
Justeru,
hadis-hadis palsu mengenai Rejab ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam
masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Agama
kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya
mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis.
Kata
al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar):
“Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat
atau dirayah (mengenai teks hadis).”
Mereka
hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa
mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa
yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara
yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.
Mereka
ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu
Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar
al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Islam
tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk
mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
No comments:
Post a Comment