Sambutan Aidiladha di Kelantan lebih meriah berbanding Aidilfitri? Itu sebenarnya satu kenyataan tidak tepat. Memang sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban di Kelantan meriah, tetapi tidak semeriah sambutan Aidilfitri.
Mungkin kemeriahan Raya Korban di Kelantan
terserlah kerana dilihat meriah berbanding di negeri-negeri lain. Ia sebenarnya disebabkan acara korban yang diadakan secara beramai-ramai.
Ia diadakan melibatkan keluarga atau
diuruskan oleh pemilik asal lembu itu. Jadi, individu melakukan ibadat korban dan seluruh ahli keluarga akan terlibat dalam aktiviti menyembelihan, melapah dan urusan yang berkaitan.
Mereka akan berkumpul beramai-ramai di tempat korban. Suasana nampak meriah. Tidak kira kecil besar, tua muda, lelaki dan wanita akan bersama-sama di tempat korban.
Mereka akan berkumpul beramai-ramai di tempat korban. Suasana nampak meriah. Tidak kira kecil besar, tua muda, lelaki dan wanita akan bersama-sama di tempat korban.
Kalau yang ingin terlibat secara langsung dengan kerja-kerja
penyembelihan dan memasak, maka pakaian yang dipakai adalah mengikut kesesuaian
tugas. Namun, tidak kurang juga, terutama di kalangan remaja perempuan akan
berpakaian cantik selayaknya untuk sambutan hari raya.
Penglibatan semua ahli keluarga bermula dari lembu
direbahkan, disembelih, dilapah dan pengagihan daging korban. Seawal sebaik
selesai sembahyang sunat Aidiladha, masing-masing ahli keluarga akan bergerak
ke tempat acara korban akan diadakan.
Boleh dikatakan di setiap penjuru kampung akan kelihatan majlis korban diadakan. Fenomena ini menwujudkan satu kemeriahan.
Boleh dikatakan di setiap penjuru kampung akan kelihatan majlis korban diadakan. Fenomena ini menwujudkan satu kemeriahan.
Ada acara dibuat di dalam kebun, di tepi tali air atau
setidak-tidaknya di tepi rumah. Yang memilih diadakan di dalam kebun kerana
kawasannya luas dan tidak timbul soal mengotorkan kawasan yang jauh dari rumah.
Faktor kemeriahan ini turut menggamit anak-anak Kelantan yang
berada di perantauan pulang meraikannya kerana semangat Aidiladha tidak dapat
dirasai di tempat lain.
Sebab itu, penduduk asal Kelantan yang tinggal di luar akan berusaha pulang berhari raya di Kelantan. Jika ada yang berkahwin dengan pasangan bukan asal Kelantan, mereka sanggup berkomporomi pulang berhari raya di rumah pasangan pada Aidilfitri asalkan dapat pula berhari raya Aidiladha di Kelantan.

Kemeriahan acara korban di Kelantan memang meriah kerana
tradisinya. Daging korban yang mula-mula dilapah akan terus diambil untuk
dimasak untuk dihidangkan kepada mereka yang hadir di majlis itu.
Selain kesibukan melapah daging yang biasa dilakukan kaum lelaki, kaum perempuan pula akan sibuk di dapur untuk memasak.
Selain kesibukan melapah daging yang biasa dilakukan kaum lelaki, kaum perempuan pula akan sibuk di dapur untuk memasak.
Masakan akan siap sebaik acara melapah dan mengagihkan daging
kepada tujuh bahagian selesai. Masakan cukup ringkas, tetapi cukup bermakna
untuk dihidangkan kepada semua.
Agihan daging korban kepada setiap orang melaksanakan ibadat
korban akan dibawa pulang ke rumah masing-masing. Selepas itu pulalah baru
daging-daging itu akan diagihkan kepada golongan fakir miskin, ahli keluarga
dan jiran tetangga.
Proses agihan daging korban ini juga mewujudkan suasana
kemeriahan dan ukhwah seluruh masyarakat. Wujud tanda ingatan dan saling
berhubungan.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment