Saturday, 2 February 2019

GURU DIUGUT PEJAWAT PARTI


Gila kuasa dan guna kuasa antara punca mengapa pejawat awam tidak suka kepada sesuatu kerajaan. Ugut konon akan dikenakan tindakan dan atau dipindahkan tempat bertugas. Nampaknya, penyokong kerajaan sekarang tidak mengambil pengajaran nasib kerajaan terdahulu ditolak senyap-senyap oleh pejawat awam.

Di Kelantan, pada era kerajaan terdahulu, majoriti guru adalah penyokong pembangkang. Dan, sekarang ini keadaan sudah nampak bayang akan terjadi perkara sama. Pejawat parti mula berasa agah dan gila guna kuasa.

Ditambah pula pejawat awam yang menyokong kerajaan sekarang pada PRU14 kini tidak puas hati dengan janji sebelum jadi kerajaan.

Jadi, jika ada pejawat parti dalam kerajaan sekarang, bertambah-tambahlah bencinya pejawat awam kepada kerajaan sekarang.

Ini contoh 'amaran' pejawat parti dari parti pemerintah sekarang di FB yang ditujukan kepada guru.

Untuk makluman, siapa2 yang tahu mana2 guru yg mengutuk, yg memfitnah kerajaan sila PM PERSONAL kepada ambo berserta print scree atau audio, tanpa bukti ambo tak dpt proses , maklumat anda di rahsiakan, segala kerjasama anda ambo dahului terima kasih...

Guru nak sokong parti apa kami tak paksa, itu hak masing2,cuma jangan fitnah kerajaan.... Itu saja.. Dokong dan Sokongoah kerajaan hari ini. 

No comments:

Post a Comment