Thursday 14 March 2019

SUNGAI GALI, SEMPADAN KANDIS DAN TELONG

Terdapat dua sungai utama di jajahan (daerah Bachok) iaitu Sungai Kemasin dan Sungai Gali. Kedua-dua sungai itu menjadi kegunaan nelayan untuk keluar ke laut.

Sungai Gali mengalir dari Kampung Beris Lalang melalui Kampung Kandis sebelum keluar ke Laut China Selatan. Sungai Gali menjadi pemisah di antara Kampung Telong dan Kampung Kandis. 

Jajaran Sungai Gali termasuk dalam seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak (IADA). Bahagian hulu Sungai Gali yang terletak di Kampung Beris Lalang dikenali dengan nama Sungai Raja Gali.

Terdapat kira-kira 100 orang nelayan tradisional yang menjadikan muara Sungai Gali untuk keluar masuk ke jeti yang terletak di sepanjang sungai di Kampung Kandis.

Muara Sungai Gali sering mengalami masalah pemendapan pasir dan lumpur menyebabkan ia cetek yang menyukarkan keluar masuk nelayan ke laut.

Pihak kerajaan melalui IADA sentiasa memberi perhatian agar masalah muara cetek dapat diatasi.

No comments:

Post a Comment