Tuesday, 12 March 2019

TERIMA PERKATAAN ASING

Bahasa Melayu telah meminjam kata-kata dari bahasa Sanskrit, Bahasa Tamil, Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan sebagainya. Bahasa atau perkataan itu sama ada diterima sepenuhnya mahupun dengan sedikit perubahan bunyi mengikut sebutan Bahasa Melayu.

Proses  penyerapan penerimaan sesuatu perkataan dalam Bahasa Melayu biasanya diterima sebagai bahasa asing. Kemudian setelah diterima secara berterusan dan semakin meluas yang difahamin kebanyakan orang, maka baru perkataan itu dierima sebagai Bahasa Melayu.

Sebagai satu 'pengiktirafan' perkataan itu diterima dalam Bahasa Melayu ialah apabila perkataan itu berada dalam senarai Kamus Dewan Bahasa.

Penyerapan perkataan pinjaman dari bahasa asing berlaku dalam semua bahasa. Apa lagi jika melibatkan istilah baru dalam dunia sains dan teknologi. Ia juga terbentuk melalui hubungan antarabangsa dan indentiti sesuatu kelompok.

Contohnya, golongan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan ingin dikenali sebagai cerdikawan agama ataupun alim serta mentaati agama, maka golongan ini akan menggunakan banyak perkataan Arab dalam percakapan mereka. Bahkan, percakapan mereka mengikut lenggok Bahasa Arab.

Contoh perkataan Arab yang digunakan ialah mursyidul, wala, fastaqim, syura, ijtimak, nisa, mudir, ijtihad, jamaah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment