Tuesday 2 April 2019

MINYAK SAWIT JADI MINYAK PELINCIR KENDERAAN


Kejatuhan harga minyak sawit menjadikan pelbagai cerita mengenainya timbul. Macam-macam timbul cadangan atau cerita menggenai penggunannya. Cadangan itu diharapkan dapat meningkatkan kadar penggunaan minyak sawit yang sekaligus dapat meningkatkan harga di pasaran.

Terbaru timbul cerita minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai alternatif kepada minyak pelincir atau minyak hitam kenderaan anda. Bunyi macam pelik dan tidak pernah dicadangkan oleh mana-mana pihak pembuat kereta atau motor.

Namun, perkara itu dibutikan oleh seorang lelaki yang dipercayai dari negeri Kedah apabila menggunakan minyak kelapa sawit sebagai ganti minyak pelincir khusus yang ada di pasaran.

Dia dikatakan telah lama menggunakan minyak masak kelapa sawit bagi menggantikan minyak hitam kenderaan tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya, sebelum ini pun sudah ramai golongan ‘berani’ menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit itu sebagai alternatif kepada minyak hitam. Ia menjimatkan kerana harganya lebih murah.

Sementara itu menerusi laman web kereta.info, seorang bekas jurutera sebuah syarikat di Jepun, berkata, minyak masak merupakan minyak paling sintetik tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Beliau yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir untuk enjin kereta Proton Iswara. Selepas lebih setahun menggunakannya, beliau dapati tiada kesan negatif atau kerosakan berlaku pada kereta.

Jadi, sudah tiba masanya kajian terhadap minyak kelapa sawit untuk digunakan pada kenderaan dilakukan sebagai langkah alternatif menggantikan pelincir yang mahal dan tidak mesra alam.

No comments:

Post a Comment