Sungai Kelantan mempunyai kadar
pencemaran sungai antara paling tinggi di Semenanjung Malaysia akibat aktiviti
pembalakan untuk tujuan pembukaan kawasan baharu.
Maksud pencemaran Sungai Kelantan adalah
atas dasar keruh, bukan tercemar sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Kerajaan negeri maklum dengan perkara
tersebut dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya melibatkan kerjasama
beberapa agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah
dan Galian.
Sebenarnya, Sungai Kelantan ini bukan
dalam istilah tercemar yang biasa digunakan sebagai merujuk kepada pencemaran sungai
di negeri-negeri lain yang tercemar dengan sisa toksik dan sebagainya, sekali
gus airnya tidak sesuai untuk diminum.
Tapi di Kelantan ini isunya air keruh,
tapi air bukan tercemar, puncanya hakisan dan macam-macam, mungkin sebab pasir,
kegiatan pertanian dan ladang.
No comments:
Post a Comment