Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive hari ini
menyerahkan tudung bernilai RM50,000 kepada pemilik butik ByQiss by Bawal
Exclusive.
Tudung tersebut akan
dihantar kepada seorang pelanggan butik tersebut, ahli perniagaan wanita
berumur 35 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang.
Ini
sekali gus menjadikan tudung itu sebagai tudung termahal pernah dihasilkan di
dunia, memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai
RM33,000 pada tahun lalu.
Pengasas
Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, tudung tersebut dihasilkan sepenuhnya
di Austria.
“Tudung
ini diilhamkan daripada ‘padang pasir berbunga’ sesuai dengan personaliti pemiliknya
dan ia mengambil masa selama tiga bulan bermula dari tempahan sehingga
menyiapkan produk akhir.
“Lebih
10 warna batu kristal Swarovski yang kita gunakan. Harga RM50,000 itu adalah
termasuk dengan kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya.
“Untuk
pengetahuan, butik premium Bawal Exclusive di Sabah telah menerima tempahan
tudung bawal bernilai RM65,000, projek besar kami selepas ini. Kita ada 10
butik premium di seluruh negara dan bercadang untuk menambah jumlah itu,”
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment