Monday, 27 May 2019

SEBAB MANUSIA TERUS MELAKUKAN DOSA BULAN RAMADAN


Mereka yang melakukan dosa dan kejahatan tidak kenal bulan dan hari. Apabila berkeinginan dan ada peluang melakukan kejahatan yang pada mereka satu keuntungan, mereka tidak melepaskan peluang.

Tidak terkecuali mereka melakukan perbuatan itu pada bulan Ramadan. Biarpun pada Ramadan syaitan dibelenggu atau dirantai, kejahatan masih berlaku.

Ada dua sebab kejahatan dan dosa masih berlaku pada bulan Ramadan. Pertama, apa yang dilakukan ada berpunca hawa nafsu yang telah sebati dalam diri. Apa yang dilakukan itu tidak memerlukan godaan dari syaitan. Nafsu jahat yang telah bertahta di hati akan mengemudi untuk melakukan perbuatan dosa.

Sebab yang kedua ialah kerana masih ada gangguan dan bisikan dari syaitan. Sebenarnya, syaitan yang dibelenggu atau dirantai daripada menghasut manusia melakukan kejahatan adalah syaitan yang 'pangkat' atau 'darjat' besar.

Sedangkan syaitan lain yang taraf 'rendah' masih lagi berkeliaran cari mangsa.  Ketika inilah syaitan pangkat rendah ini akan berusaha bersungguh-sungguh mengambil alih tugas jeneral yang telah dirantai menghasut manusia. Masa bulan Ramdan peluang untuk syaitan pangkat rendah untuk naik pangkat.

Jadi, sebab itu kita melihat ada orang melakukan kejahatan dan dosa sepanjang masa, termasuk pada bulan Ramadan.  

No comments:

Post a Comment