Kegilaan
terhadap basikal lajak semakin menjadi-jadi. Di mana-mana sekarang ini boleh dilihat
kanak-kanak dan remaja menunggang basikal lajak.
Dinamakan
basikal lajak kerana basikal terus bergerak selepas berhenti mengayuh. Perkara itu
dilakukan apabila basikal dikayuh laju sebelum berhenti mengayuh.
Paling
ketara lajaknya jika ia dilakukan menuruni bukit atau dari tempat tinggi ke kawasan
lebih rendah.
Basikal
digunakan untuk aktiviti lajak biasanya tidak mempunyai spesifikasi yang
selamat untuk ditunggang kerana telah diubahsuai mengikut citarasa
masing-masing.
Penggunaan
basikal lajak ini sangat berbahaya kerana ia tidak mempunyai brek dan ciri-ciri
keselamatan termasuk tayar dan alat pemegang yang lebih kecil dari basikal
biasa.
Sudah
banyak berlaku kes kemalangan melibatkan penunggang basikal lajak. Mereka menunggang
dengan cara berbahaya dengan melakukan aksi seperti mat rempit.
Kumpulan
penggemar basikal lajak ini kebiasaannya menghabiskan bukan puluhan malah
ratusan ringgit bagi melakukan modifikasi basikal seperti menukar rim plastik
agar lebih ringan, meluruskan pemegang atau handle, membuang brek tangan dan
merendahkan ‘fork’ depan agar mudah menampung badan mereka.
Saman
boleh dikeluarkan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu
Lintas 1959 kerana mengubahsuai basikal tanpa brek dan loceng
Basikal
ini diubahsuai daripada reka bentuk asal terutama pada bahagian 'handle'
basikal yang nampak lebih kecil.
Ini menyebabkan remaja terbabit menunggang dengan cara lebih membongkok seolah mudah untuk berlumba. Malah, tayar yang dipasang juga pelbagai saiz dan berwarna-warni yang menyerlahkan gaya basikal terbabit.
Ini menyebabkan remaja terbabit menunggang dengan cara lebih membongkok seolah mudah untuk berlumba. Malah, tayar yang dipasang juga pelbagai saiz dan berwarna-warni yang menyerlahkan gaya basikal terbabit.
No comments:
Post a Comment