Saturday, 19 August 2023

CARA REBUS KERANG AGAR ISI TIDAK KECUT

 
Cara rebus kerang agar tidak kecut. Kekal gebu dan mudah tertanggal daripada cengkerang. Kerang cukup terkenal di kalangan penggemarnya. Isi kerang banyak dijadikan bahan dalam masakan seperti mi goreng, mi kuah, mi kari, nasi goreng dan sebagainya. Ia juga dijadikan rencah dalam masakan sambal, kerabu dan masakan bergoreng.
 
Kerang perlu direbus untuk membolehkan isinya dicungkil atau dibuang dari cengkerang. Ada petua atau cara untuk mengekalkan isi kerang dalam keadaan segar dan gebu selepas direbus.
 
Petua rebus kerang agar isi tidak kecut, liat dan melekat pada cengkerang:
- Didihkan air terlebih dahulu.
- Selepas air mendidih baharu masukkan garam dan kerang.
- Rebus dalam tiga minit, jangan sampai cengkerangnya terbuka.
- Tutup api kemudian buang air panas tadi.
- Masukkan air ke dalam periuk. Ia bertujuan untuk menghantikan proses memasak kerang.
- Kemudian baharu buka cengkerangnya satu persatu.

No comments:

Post a Comment