Friday 20 January 2017

Kebaikan mandi pagi

Mandi waktu pagi beri banyak kebaikan kepada kesihatan rohani dan jasmani. Amalan mandi waktu pagi satu cara yang perlu diberi perhatian untuk menikmati kehidupan lebih sihat dan ceria. Antara manfaat dan faedah mandi pagi (sebaik-baiknya sebelum subuh) ialah:

Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata.

Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

Melancarkan peredaran darah;
Mandi pagi memberi kesegaran kepada seluruh urat saraf, terutama setelah lama ‘rehat’ ketika tidur. Perjalanan darah menjadi perlahan ketika kita tidur. Maka, ia perlu dicergaskan dan ditingkatkan keupayaannya, dan cara mudah ialah dengan mandi.

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Kesihatan yang baik adalah antara punca untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan. Badan yang cergas dan bertenaga mambantu meningkatkan fungsi organ pembiakan.

Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insyaallah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih. Darah tinggi terjadi disebabkan masalah penyempitan saluran darah oleh lemak dan kolestrol.  

Kedua-dua unsur itu dapat dikurangkan jika kita mengamalkan hidup sihat dan melakukan sesuatu yang dapatmelancarkan perjalanan darah. Sesungguhnya, mandi pagi adalah antara yand dapat melancarkan perjalanan darah dan seterusnya mengurangkan risiko darah tinggi.  

Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

Kesegaran yang diperoleh semasa mandi akan memberi kita keyakinan diri untuk menghadapi hari baru dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Kita akan hadapi dengan penuh semangat dan berkeyakinan. Keadaan itu dapat mengurangkan kadar tekanan perasaan.   

Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Membekalkan Vitamin Kepada Tubuh Badan
Tabiat mandi di subuh hari dapat membantu kita membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan dan ia sangat bagus untuk menjadikan badan kita lebih segar dan sihat. Vitamin yang dimaksudkan ialah hasil metabolisma badan dan fungsi organ yang berjalan dengan baik apabila kita mandi dan mendapat kesegaran badan.

Banyak vitamin yang kita makan atau minum tidak dapat diproses oleh organ tertentu disebabkan badan yang tidak aktif.

Membekalkan Tenaga
Tubuh kita adalah ‘mesin logik’ yang mudah memberi respon atau tindakbalas kepada persekitaran. Jika kita mandi, ia memberi isyarat kepada otak bahawa kita tidak lagi tidur dan telah bersedia untuk memulakan hari baru dengan aktiviti seterusnya. 

Jadi, apabila kita mandi, badan akan meningkatkan metabolisma badan menghasilkan tenaga yang diperlukan. Badan yang cergas akan membantu atau menghasilkan minda yang cerdas.  

Menunaikan ibadah
Perkara paling penting kebaikan mandi pagi sebelum subuh ialah membolehkan kita menunaikan sembahyang subuh lebih awal. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang perlu mandi wajib. Kita lebih segar dan bersedia untuk menunaikan ibadat dengan badan yang bersih.

No comments:

Post a Comment