Sunday 15 January 2017

Melayu layak dilabel rasis

Rakyat Malaysia terdiri pelbagai kaum dan anutan agama. Namun, semua kaum mendapat hak sewajarnya sebagai warganegara Malaysia. Seluruh rakyat berkongsi kemakmurkan negara tanpa ada polarisasi kaum. 

Malang sekali terdapat tuduhan kononnya kaum Melayu mengamalkan dasar rasis atau perkauman terhadap kaum lain. Sebenarnya, dakwan bahawa Melayu mengamalkan rasis hanya satu fitnah direka pihak tidak bertanggungjawab. 

Tuduhan dan dakwaan mengatakan kaum Cina dan India dipinggirkan dalam arus pembangunan negara adalah tidak tepat. 

Statistik membuktikan Cina dan India di negara ini tidak pernah dipinggirkan sebaliknya mempunyai peluang yang lebih baik berbanding orang Melayu untuk bekerja di sektor awam dan swasta.

Berdasarkan statistik tahun 2013, kaum Cina yang bekerja di sektor awam dan swasta adalah sebanyak 44.8 peratus, kaum India (42 peratus) manakala orang Melayu hanya kira-kira 39.3 peratus.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi dalam memberi peluang untuk rakyat berkhidmat dalam sektor awam.  

Justeru itu, tuduhan melulu dilemparkan sesetengah pihak lebih kepada beragenda kepentingan politik dan pihak itulah sebenarnya lebih mengamalkan sikap rasis. 

Isu perkauman perlu diurus dengan baik. Negara kita dikongsi oleh semua rakyat. Sesiapa saja boleh mendapat kekayaan dengan cara berusaha gigih.

Ini dapat dibuktikan bahawa kaum Cina lebih kaya berbanding kaum Melayu. Oleh sebab itu, di mana asasnya mengatakan kaum itu dipinggirkan dalam arus perdana negara. Ekonomi negara lebih banyak dikuasai dan dimiliki oleh kaum Cina.

Kerajaan telah bertindak adil membantu golongan miskin dan memerlukan bantuan tanpa mengira kaum. Sekiranya, kaum Melayu dilihat dibantu lebih banyak oleh kerajaan, maka itu bukti Melayu lebih miskin berbanding kaum lain.

Rakyat perlu diasuh agar tidak mengamalkan prejudis terhadap kerajaan. Peluang pekerjaan masih terbuka luas. Rakyat perlu merebut peluang pekerjaan yang tersedia. Sekarang ini banyak rakyat asing mencari rezeki di negara kita. Ini membuktikan peluang pekerjaan masih banyak asalkan tidak memilih.

Jangan sekali-kali ganggu gugat negara dengan isu perkauman. Ia cukup berbahaya kepada negara.  

Kita harus bersyukur hidup di negara aman sejahtera sekarang ini. Pengalaman Peistiwa 13 Mei 1969 perlu dijadikan pengajaran. Ini bukan tujuan menakut-nakutkan sesiapa, tetapi tanpa peringatan agar perkara sama tidak berulang.

No comments:

Post a Comment