Sunday, 15 January 2017

BENDERA SANG SAKA MALAYA


Bendera Sang Saka Malaya bukan bendera asal atau pertama Tanah Melayu. Jalur Gemilang menjadi bendera pertama yang dikibarkan pada pengiystiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Beza Galur Gemilang yang pertama kali dikibarkan berbanding yang ada sekarang hanyalah dari segi bilangan jalur dan bucu bintang.

Sebenarnya, Sang Saka Malaya (kependekkan dari perkataan: "Sang Pusaka Malaya") adalah bendera Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM) bergelar Sang Saka Merah Putih. Corak dan rupa bendera Sang Saka Malaya tidak pernah diterima sebagai bendera Tanah Melayu atau Malaya sama ada sebelum merdeka mahupun selepas merdeka.  

Bendera itu dikatakan pernah dibawa oleh para perwakilan PKMM Malaya di Sidang Serantau  (Asian Relations Conference) pada penghujung tahun 1947 di New Delhi

Rekabentuk Sang Saka Malaya yang diumumkan pada 11 November 1947 di Singapura adalah berwarna merah putih dengan 12 simbol bintang berwarna kuning yang melambangkan 12 negeri di bawah Tanah Melayu.

Bendera warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan oleh kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh KMM pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob. 

Bagaimanapun Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Kesatuan Melayu Muda telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya dengan mengenepikan pemerintahan beraja.

Bagaimanapun sebahagian besar pemimpin Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu sebahagian besar memilih perjuangan Umno yang mendaulatkan institusi Raja-Raja Melayu dan Islam.

Selepas KMM diharamkan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr. Berhanuddin Helmi dan Ahmad Boestaman meneruskan perjuangan ideologi tersebut.

Jelas sekali, sesiapa ingin mengibarkan semula Sang Saka Malaya, walaupun dikatakan berlainan dari segi rupa bentuk, hakikatnya mereka terarah kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berstatus republik.

Perjuangan golongan ini sebenar lebih bermaksud untuk menghapuskan kedudukan istimewa raja-raja Melayu. Serentak itu juga mereka ingin menghapuskan kedudukan istimewa kaum Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Perkara 153.

Maka itu, gerakan kumpulan ini mesti dihalang.  Mereka ingin merosakan apa yang telah lama diamalkan di negara kita. Apa yang diperjuangkan sama dengan hasrat sebuat parti politik di negara kita.

Rakyat yang cintakan negara harus mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang yang diangggap terbaik dan sesuai untuk seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.  

No comments:

Post a Comment