Mereka bukan tidak ada 'peluang' tetapi terlalu
dikuasai pemikiran yang menyebabkan peluang itu tidak menjadi
kenyataan. Ada yang terlalu memilih pasangan yang 'terbaik' sehingga gagal
mendapatnya.
Ada juga yang lebih memikirkan soal kerjaya. Katanya
ingin berkahwin hanya apabila matlamat kerjaya tercapai. Sesetengah pula
tidak mahu memikirkan soal pasangan hidup atas alasan terserah kepada takdir.
Apabila faktor material menjadi keutamaan,
maka ramai manusia tidak mempunyai pilihan selain daripada berterus-terusan
berusaha meningkatkan kepanjangan faktor kelangsungan hidup mereka dan akhirnya
meninggalkan fitrah menjadi seorang manusia itu sendiri.
Sifat lebih gemar berdikari dan bijak membuat
keputusan sendiri disebabkan pendidikan yang dimiliki boleh diandainya penyebab
kepada kecenderungan individu untuk tidak lagi mempercayai institusi
kekeluargaan.
Perkahwinan sama sekali tidak menyekat
keinginan,hobi selagi mana ia berlandaskan kepada syariah dan tidak berlaku
pengabaian tanggungjawab.
Kita juga perlu wujudkan persefahaman bahawa perkahwinan itu adalah perkongsian dan bukan pendominasian ke atas mana-mana pihak kerana Islam sama sekali tidak pernah menzalimi penganutnya. Perkahwinan menggariskan peraturan dan tanggungjawab yang berbeza kepada kedua-dua pihak agar semuanya mencapai kebahagiaan.
Kita juga perlu wujudkan persefahaman bahawa perkahwinan itu adalah perkongsian dan bukan pendominasian ke atas mana-mana pihak kerana Islam sama sekali tidak pernah menzalimi penganutnya. Perkahwinan menggariskan peraturan dan tanggungjawab yang berbeza kepada kedua-dua pihak agar semuanya mencapai kebahagiaan.
Akibat terlalu banyak itu dan ini, usia semakin meningkat dan
'saham' semakin menurun. Ketika itu, kalaupun bersedia untuk
berkahwin, sukar pula untuk mencari pasangan yang inginkan
mereka. Kalau adapun di kalangan yang sudah beristeri atau
duda. Kalau duda, itu tidak kisah. Masalahnya kalau
bertemu suami orang.
Rasulullah SAW bersabda: “Jika datang kepada
kalian seorang yang kalian reda agama dan akhlaknya, maka
nikahkanlah ia (dengan anak kalian). Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di
bumi dan kerosakkan yang besar “ (Hadis riwayat
Tirmizi, Baihaqi dan ini lafaznya dihasankan oleh Syaikh Al Bani)
Hasan Al Basri pernah ditanya: “Jejaka manakah yang engkau suruh
untuk aku menikahkannya dengan putriku?” Hasan Al Basri menjawab: “Nikahkanlah dia
dengan jejaka yang beriman kerana bila dia mencintainya maka dia akan
memuliakannya. Dan bila dia tidak mencintainnya maka dia tidak akan
menzaliminya“.
Kepada gadis, tidak inginkah kamu segera menikah dengan
laki-laki soleh pilihan kalian, hidup menjadi tenang yang dengan itu
kamu menyalurkan keperluan tabiee dengan cara yang halal dan aman sehingga
terhindar dari maksiat dan mempunyai keturunan yang soleh.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Surah Ar-Rum, ayat 21).
Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Wahai para pemuda
barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah maka menikahlah kerana
dengan menikah dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan dan
barangsiapa tidak mampu menikah maka baginya untuk berpuasa.“ (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu
Masud)
No comments:
Post a Comment