Sunday, 15 January 2017

MASALAH SALAHLAKU ETIKA PENGURUSAN

CIRI-CIRI MASALAH DALAM SALAHLAKU ETIKA PENGURUSAN

Kesan lanjutan (Extended Consequences) – 

Setiap apa yang dilakukan tentunya memberi kesan, sama ada baik atau buruk.  Dalam kes salahlaku etika pengurusan, kesannya tentu berkaitan kesan buruk. Namapun sudah salahlaku, tentulah beri kesan buruk.

Kita ambil contoh  dalam kes barang tidak berkualiti. Pengguna bukan saja ditipu, bahkan mungkin berdepan bahaya menggunakan barang tidak berkualiti dan tidak mengikuti piawaian ditetapkan.   

Contohnya, barang elaktrik yang tidak berkualiti dan tidak terjamin standard keselamtannya, boleh mendatangkan bahaya.  Banyak berlaku kes alat elektrik meletup mendatangkan kecederaan kepada pengguna.  Malah berlaku kes kebakaran kediaman berpunca kerosakan alatan elektrik yang tidak menepati piawaian. 

Pembeli ghairah membeli barangan murah disebabkan hendak untung atau itulah satu cara untuk berpeluang membeli barangan elektrik itu.  Kalau hendak beli yang memenuhi standard keselamatan biasanya harganya mahal mungkin lebih sekali ganda.  Namun apa gunakan dapat yang murah, sedangkan terpaksa berdepan kerugian lebih besar.

Sebab itu, pembeli tidak boleh memandang mudah soal ini. Jangan kompromi dalam soal kesan akibat salahlaku etika. Ini bukan soal tidak kisahlah atau tidak mengapalah.  Perkara penting ialah jangan setelah berlaku perkara tidak diingini baru hendak menyesal atau mengambil tindakan tertentu. Tindakan terbaik ialah jangan membeli apa-apa barang yang tidak menepati aspek keselamatan yang sepatutnya.

Kesan Pelbagai Altenatif (Multiple Alternatives) – 

Dalam keadaan terdesak memerlukan sesuatu produk untuk menyambut perayaan, pengguna berdepan dengan situasi di mana mereka perlu mengambil keputusan sama membeli atau tidak. Dalam situasi ini, pembeli mengambil keputusan untuk membeli biarpun sedar diri menjadi mangsa kerangkusan pihak yang mengambil kesempatan.                                               

Situasi ini diambil kesempatan oleh peniaga.  Mereka yakin, apapun yang ditawarkan kepada pengguna akan laku di pasaran.  Untuk mengelak perkara ini semakin menjadi-jadi, pengguna sepatutnya menjadi pengguna bijak. 

Sebenarnya, pengguna mempunyai pilihan untuk tidak membeli jika difikirkan mereka tertipu.  Carilah kedai lain atau barangan lain yang boleh mengganti fungsinya.  Bahkan, sebenarnya kemeriahan perayaan tidak hanya bergantung kepada satu produk saja.  Sambutlah perayaan dengan seadanya, bukan dalam keadaan tertekan dan membebankan.

Kesan Hasil Bercampur (Mix Outcomes) – 

Pembeli terpaksa memilih untuk membeli biarpun tahu produk yang dijual itu tidak berkualiti.  Ini difikirkan lebih baik daripada tidak memperoleh barang itu.  Dalam keadaan terdesak menyediakan persiapan untuk perayaan  adalah lebih baik mendapat barangan yang diperlukan biarpun terpaksa membayar lebih. 

Itu lebih baik daripada persiapan menyambut perayaan terhalang.  Menyambut perayaan dengan meriah tidak boleh dikompromi.  Justeru, mereka sanggup berkompromi dalam soal lain, termasuk menjadi mangsa peniaga.  Pada mereka sambutan perayaan lebih penting.  Soal lain tidak kisah. Pada mereka hasil adalah diutamakan dan sanggup mengabaikan apa-apa perkara lain, biarpun sedar ada perkara tidak kena perlu atau telah berlaku.

Dalam hal ini, kesan hasil bercampur boleh dilihat sebagai sikap sanggup berkoban dan mengorbankan asas yang sepatutnya dilakukan semata-mata untuk mencapai apa yang dikehendaki.  Mereka lebih mementingkan hasil daripada proses yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment