Friday 20 January 2017

Kebaikan ambil sarapan pagi

Waktu pagi permulaan hidup baru. Amalan biasa pada waktu pagi ialah mengambil atau makan sarapan pagi. Tahukah anda pengambilan sarapan pagi bukan sahaja memberikan tenaga harian, malahan terdapat juga bukti menunjukkan bahawa pengambilan sarapan membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetis melitus jenis 2.

Secara asasnya pengambilan sarapan pagi berfungsi untuk menghindarkan kelaparan dan membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada waktu kemudian.

Ini akan menggalakkan seseorang mengambil makanan pada kadar sepatutnya dan membantu mengurangkan risiko obesiti.

Pengambilan sarapan juga memberi kesan psikologi yang positif dengan kajian yang menunjukkan wanita yang mengambil sarapan akan mempunyai tahap rintangan insulin dan kolesterol yang lebih rendah.

Tahap kolesterol yang rendah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Berkenaan rintangan insulin, ia merupakan keadaan di mana hormon tidak mampu untuk membawa glukosa ke dalam sel badan secara berkesan.

Keadaan ini menyebabkan sel badan kelaparan sementara glukosa berkumpul dalam darah dan memusnah segala saluran darah. Jika keadaan dibiarkan berterusan lama-kelamaan insulin ini akan menyebabkan diabetis.

Penemuan juga menunjukkan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa yang mengambil sarapan mempunyai berat badan dan kandungan lemak yang lebih baik lantas mengurangkan risiko penyakit kardiavaskular.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang mengambil bijirin sarapan tinggi serat mempunyai rintangan insulin yang lebih rendah berbanding mereka yang mengambil jenis makanan lain.

Beberapa tip pengambilan sarapan yang sihat bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes.

Seeloknya ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.

Makan makanan yang tinggi protein kerana kandungan serat yang tinggi membantu kita kurang rasa lapar dalam tempoh yang lama.

Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette. Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut dan mufin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar. Banyakkan juga minum air kosong setiap hari.

Kebaikkan sarapan pagi yang perlu diamalkan.
- Mengurangkan berat badan.
- Meningkatkan kuasa otak.
- Tingkatkan mood anda.
- Meningkatkan tenaga.
- Mengurangkan risiko penyakit.

Keburukkan skip sarapan pagi.
Tidak membantu menurunkan berat badan.
- Menurunkan kadar metabolisme badan.
- Meningkatkan berat badan.
- Tidak bertenaga.
- Anda tidak akan cantik dan kacak.

No comments:

Post a Comment