Sunday 15 January 2017

IFC cabar kedudukan Islam

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama, iaitu agama Islam, akibat desakan penganut agama lain.

Pelbagai memorandam yang dikeluarkan pihak penaja IRC/IFC terang-terang merupakan tindakan campur tangan yang serius terhadap ajaran Islam. Umat Islam di Malaysia berdepan cabaran gentir.   

Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh umat Islam dan badan-badan yang sah mewakili Islam. 

Biarpun penubuhannya dikaitkan sebagai hubungan antara agama, hakikatnya isu-isu yang dibangkit tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama. Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubungkait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam. 

Apa yang jelas IFC/IRC mencabar perlembagaan Islam sebagai Agama Persekutuan. Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan. 

Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti  munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.  

IFC akan menjadi badan yang boleh mempersoalkan hukum-hakam Islam. Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh Islam dan yang bukan Islam dengan  kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan. 

Berdasarkan apa yang dirancang, IFC bakal campur tangan dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam.  

IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya.

Maka, menjadi tanggung jawab seluruh ummat Islam di negara ini supaya terus berhati-hati dengan apa juga bentuk campurtangan asing menentukan hal ehwal agama Islam. 

No comments:

Post a Comment