Sunday 15 January 2017

Jualan langsung jana kekayaan

Multi Level Marketing (MLM) atau jualan langsung kini satu industri yang bernilai berbilion ringgit dan ramai wanita menjadi tonggak kejayaannya. Semangat wanita yang suka cabaran dan ingin berdikari memilih bidang MLM sebagai alternatif menuju impian memiliki kekayaan dan kejayaan hidup.

Memang ramai wanita suka bekerja tetapi terhalang disebabkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tambahan, pendapatan diperoleh tidak berbaloi dengan pengorbanan terpaksa dihadapi. 

Namun, tentulah sesuatu yang baik jika mereka dapat melakukan tugas secara serentak iaitu mencari rezeki dan pada masa yang sama tidak menghalang tugas sebagai ibu dan isteri. 

Peluang ini ditawarkan oleh industri MLM untuk wanita mencapai imbangan antara tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan kerjaya, dan meraih pendapatan lumayan.

Banyak wanita kini mampu memperoleh pendapatan lima angka hasil kejayaan kepimpinan dalam MLM. Jualan langsung menjadikan keinginan memperoleh kekayaan dan kesenangan hidup yang dulu dianggap tidak mungkin dicapai kini menjadi satu kenyataan.

Kebanyakan wanita yang menyertai jualan langsung asalnya suri rumah sepenuh masa. Penyertaan pada peringkat awal mungkin disebabkan terpengaruh dengan rakan dan jiran yang telah menyertai jualan langsung dan menikmati kejayaan dengan memperoleh pendapatan yang menarik.

Untuk bermula dalam bidang jualan langsung tidak memerlukan modal yang besar. Dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM30 hingga RM100, seseorang boleh memulakan perniagaan jualan langsung. Kos itu biasanya meliputi kos kit jualan dan barang pengenalan.

Jadi, apabila diperkenalkan dengan sesuatu syarikat jualan langsung, ramai yang menyahut cabaran untuk mengubah masa depan diri dan keluarga. Tidak rugi mencuba dan kalaupun tidak berjaya, modal yang dikeluarkan amat kecil dan memberi satu pengalaman baru untuk mereka.

Mereka yang baru menyertai jualan langsung tidak perlu risau mengenai pengetahuan mengenai perniagaan dan pengalaman kerana pemimpin atau up line akan membantu. Bahkan, syarikat biasanya menyediakan infrastruktur, sokongan dan juga bengkel latihan untuk membantu pengedar baru.

Kejayaan dalam jualan langsung bukan saja memberi kebebasan kewangan membantu menaikkan taraf hidup, bahkan memberi kepuasan dan keyakinan diri, serta kejayaan yang dibina secara berperingkat.

No comments:

Post a Comment