Wednesday 22 March 2017

Minuman sejuk punca lemah tenaga batin

Minuman sejuk melegakan kehausan. Apa lagi dalam keadaan cuaca panas. Sebab itu minuman sejuk menjadi pilihan sesiapa saja. Itu hakikat tidak dinafikan berkaitan minuman sejuk.  

Minuman sejuk juga melegakan keradangan tekak. Tidak hairan jika kita mengalami jangkitan tekak, doktor syorkan minuman sejuk atau aiskrim. Malah mereka mengalami penyakit tosil tidak dapat lepas daripada minuman sejuk biarpun pada musim hujan atau pada waktu malam mahupun awal pagi.

Sama juga jika mengalami bengkak atau keradangan sendi atau kecederaan, kita guna ais untuk meredakannya. Semasa berlangsung aktiviti sukan lasak atau memungkin kecederaan, pihak pengurus pasukan akan menyediakan stok ais.

Begitupun, minuman sejuk tidak mengganggu ereksi atau melemahkan tenaga batin lelaki. Orang lelaki yang tinggal di kawasan sujuk atau bersalji tidak mengalami masalah tenaga batin atau kurang berkeinginan untuk melakukan hubungan seks pada musim sujuk. 

Sebenarnya, tiada kaitan antara ais dan tenaga batin seseorang kerana ketegangan dan ereksi lelaki berlaku apabila darah disalurkan kepada zakar. Jadi, tiada sebab mengapa lelaki tidak boleh minum minuman sejuk. 

No comments:

Post a Comment