Apa yang dia maksudkan adalah di dalam dunia perniagaan sekarang ini, mungkin kejayaan anda bukan dengan berkerjasama dengan syarikat-syarikat besar yang terdapat di tahap paling atas piramid tetapi mencari mungkin seseorang yang tidak terkenal pun, tetapi menpunyai idea-idea yang boleh menolong memajukan perniagaan anda.
“Lonely boy 15” katanya sebagai contoh. Budak belasan tahun yang tidak siapapun tahu tetapi boleh mereka apps, idea-idea tak masuk akal dan bijak dengan media sosial.
Dia kata carilah mereka ini seramai boleh untuk memajukan perniagaan anda dengan dunia media sosial sekarang ini.
Perniagaan online memang satu cara pemasaran paling popular.
Perkembangan dunia internet dan penggunaan pelbagai aplikasi dan gajet mesra pengguna membantu dunia perniagaan online berkembang pesat.
Pengguna yang memasuki dunia tanpa sempadan perlu memanfaatkan sepenuhnya perluang mendapatkan barang dan perkhidmatan secara online.
Kepada peniaga online pastikan kejujuran menjadi asas dalam menjalankan urusniaga. Jual produk yang berkualiti dan tidak menyalahi undang-undang. Harga yang ditawarkan berpatutan dan jangan sekali-kali menipu mengenai produk.
Jika produk yang ditawarkan tidak ada dalam simpanan, beritahu pelanggan kelewatan penghantaran atau pulangkan kembali wang yang telah dibayar. Utamakan kepantasan dan komunikasi yang baik.
No comments:
Post a Comment