Tuesday, 21 March 2017

Hukum tafakur kepada mayat

Perbuatan tunduk (sekadar bahagian kepala) selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak.

Perbuatan itu sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain.

Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin, hadir di tempat keagamaan serta melakukan amalan tertentu, wujud unsur penyembahan atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan.

Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Berhati-hati kita dalam mengikut amalan penganut agama lain berkaitan kematian seperti menyalakan lilin, tunduk (bahagian badan) di hadapan mayat dan sebagainya.  

Antara persoalan pihak yang menentang amalan bertafakul ialah kerana ia menjadi tradisi penganut agama lain, khususnya Kristian. Maka, elok kita lusuri sedikit tentang amalan tafakur penganut Kristian.

Orang ramai yang ingin hadir ketika proses ritual adalah bergantung kepada jemputan dari ahli keluarga simati dan tidak diwajibkan. Proses ritual bermula dengan meletakkan mayat di dalam keranda yang dibuka supaya orang yang datang boleh melihat dan memberi penghormatan yang terakhir.

Secara tradisionalnya ritual ini di lakukan di tengah gereja, walaupun begitu proses ini boleh juga dilakukan di rumah dan di gereja kecil yang terletak di kawasan tanah perkuburan.

Pakaian yang disarankan untuk menghadiri majlis pengebumian ini adalah pakaian berwarna hitam atau jika terdesak pakaian yang berwarna gelap dan suram.

Selepas semua jemputan duduk, keranda akan dibawa masuk ke gereja. Selepas sahaja langkah pertama masuk ke gereja semua orang akan melutut di tengah-tengah antara ‘nave’ menghadap ‘ altar.

Keranda akan dibuka dan tanda salib akan diletakkan pada tangan simati yang berada di bahagian dada. Kemudian ketua paderi akan melakukan symbol salib tangan ke atas mayat.

Lilin akan diberikan kepada ahli keluarga yang berkabung oleh paderi dan dipegang sehinggalah tamat upacara. Di akhir upacara, kawan-kawan dan kenalan simati akan berbaris melihat simati yang diletakkan di dalam keranda.

Ketika ini mereka disarankan mencium tanda salib yang dipegang oleh simati. Bagi ahli keluarga dan kenalan rapat dibenarkan meluangkan masa beberapa minit bersendirian dengan jenazah. Kemudian keranda ditutup dan dibawa keluar dari gereja ke tempat pengebumian.

Ritual ini disusuli dengan nyanyian  Hymm dan palungan loceng yang dipukul perlahan-lahan. Keranda kemudian dimasukkan ke dalam liang setelah paderi membacakan doa pengebumian ringkas.

Hanya ahli keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja yang terlibat bagi upacara di tanah perkuburan ini. Pada akhirnya bunga diletakkan di atas kubur yang telah dikambus dengan tanah.

Berhati-hati kita dalam mengikut amalan penganut agama lain berkaitan kematian seperti menyalakan lilin, tunduk di hadapan mayat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment