Cara rebus jering. Jering rebus dibuat menggunakan jering tua. Ia satu pilihan untuk mengelak jering
dibazirkan apabila sudah tua. Jering
dibuat ulam biasanya yang masih muda. Kalau
sudah tua isinya keras dan agak tidak sedap untuk dimakan berbanding yang
muda.
Proses merebus jering ada petuanya untuk mengelak pemakannya mendapat
kesan sakit yang dipanggil 'kapit'. Penyakit kapit menyebabkan kesukaran untuk
membuang air kecil sehingga ada yang terpaksa mendapat rawatan di hospital.
Untuk mengelak berlaku kapit, proses merebusnya
perlu memasukkan pelbagai bahan seperti abu, arang, akar pokok kelapa, akar
pokok pinang, kulit jering, kulit pokok jering, paku dan sebagainya.
Jika difikirkan, mengapa bahan itu perlu
dimasukkan? Sukar untuk dijawab kerana
tidak ada kajian sainstifik dibuat. Yang
pasti, itulah amalan perlu dilakukan untuk mengelak kapit.
Proses merebuh jering mengambil masa berjam-jam
lamanya sehingga isinya jadi lembut. Setelah dibasuh dan dibersihkan, jering
rebus sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba merebus jering atau jangan lupa membelinya jika anda berada di Kelantan.
No comments:
Post a Comment