Etok atau etak salai berempah. Etok sejenis hidupan air tawar dari
keluarga kerang yang begitu sinonim dengan kehidupan harian masyarakat di
Kelantan. Etok ada dijual di Pasar Siti Khatijah, mahupun pasar di seluruh Kelantan.
Etok juga dijual di tepi jalan. Antara tempat menjual etok terkenal ialah di Kampung Kasa, Pasir Mas dan Kampung Kepulau di Tumpat.
Etok sama ada dimakan sebagai makanan ringan atau bersarapan bersama hidangan lain seperti nasi kerabu dan sebagainya.
Etok juga dijual di tepi jalan. Antara tempat menjual etok terkenal ialah di Kampung Kasa, Pasir Mas dan Kampung Kepulau di Tumpat.
Etok sama ada dimakan sebagai makanan ringan atau bersarapan bersama hidangan lain seperti nasi kerabu dan sebagainya.
Dikenali sebagai corbicula fluminea dalam
bahasa saintifik, dulunya amat mudah didapati di sepanjang sungai di negeri
Kelantan. Sebab itu, ia
terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Kelantan memakannya.
Jadi, etok menyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduk di
sekitar tebing sungai. Kerja
mencari etak atai 'ngokok etok' popular terutama di kalangan penduduk
berhampiran Sungai Kelantan.
Namun itu semua hanya tinggal sejarah. Kini etak sukar untuk ditemui di dasar
sungai di Kelantan disebabkan pencemaran air sungai dan habitat etak yang
diganggu oleh proses pembangunan.
Makan etok perlu teknik tersendiri di mana isinya 'dikupas' dari cengkerang dengan menggunakan gigi. Ada teknik yang betul perlu dilakukan. Jika tidak kena caranya, ia sukar terbuka dan gagal untuk mendapat isinya. Makan isi etok dengan cara ini membolehkan 'nikmat' etok begitu dirasai.
Ada juga cara lain untuk bukan cengkerang etok dengan cara
guna pisau atau kulit etok itu sendiri. Ia biasanya dilakukan mereka yang tidak
ada gigi.
Sesiapa yang berkunjung ke pasar-pasar di bandar utama di negeri ini tidak akan terlepas pandang makcik-makcik yang menjual etok. Biasanya etok akan diletakkan dalam bakul dan dijual mengikut 'sukatan' tin yang disediakan.
Selain itu terdapat banyak penjual etok di
tepi jalan. Mereka biasanya meletakkan papan iklan menggunakan perkataan 'etok
salai' atau 'etok salai berempah'.
Etok masih mendapat sambutan dari penggemarnya biarpun harganya kini agak mahal disebabkan faktor sukar untuk mendapat sumber bekalan.
Etok masih mendapat sambutan dari penggemarnya biarpun harganya kini agak mahal disebabkan faktor sukar untuk mendapat sumber bekalan.
Kebiasaannya sumber etok mentah boleh didapati dari timbunan pasir di dasar Sungai Kelantan tetapi kini pengusaha etok sukar mendapat bekalan kerana hidupan air itu semakin pupus di sungai tersebut.
Kini terdengar banyak rintihan di kalangan peniaga etok. Para 'pencari' etok mendakwa etok semakin sukar didapati di sungai Kelantan.
Mereka mendakwa kepupusan etok berlaku berikutan pencemaran air sungai akibat kerja-kerja pembangunan kawasan tanah tinggi di Ulu Kelantan dan pengambilan pasir di sepanjang sungai yang menjadi habitat semula jadi hidupan air itu.
Kebanyakan mereka kini mendapat etok sungai utama di luar Kelantan seperti dari sungai di Perak dan Terengganu bagi menampung permintaan.
Penyediaan etok salai bermula dengan etok hidup akan diperap terlebih dahulu. Antara bahan yang digunakan untuk memerap etok ialah garam, bawang putih, halia, serai dan sedikit alat perisa. Biasanya etok diperap selama dua jam sebelum disalai. Manakala kerja-kerja menyalai etok mengambil masa satu jam setengah.
No comments:
Post a Comment