Sunday, 19 March 2017

HORMAT BAPA MERTUA

Hubungan dengan bapa mertua dan ibu mertua mesti berlaku dengan baik. Kita kena hormati mereka sama seperti kita menghormati bapa dan ibu sendiri. Lebih-lebih lagi jika kedua ibu bapa kita sendiri telah meninggal dunia.   

Tidak salah kita kagum kepada keupayaan bapa mertua.  Bapa mertua kira macam bapa kita sendiri.  Jadi, memang patut kita rasa kagum dan bangga dengan bapa mertua.

Sama juga dengan ibu mertua.  Ibu mertua adalah ibu kepada isteri atau suami kita.  Jadi, ibu mertua adalah ibu kita juga. Kita perlu hormat dan sayang kepada ibu mertua. 

Begitu juga dengan bapa mertua dan ibu mertua kenalah hormat dan sayang kepada menantu atau dipanggil juga anak menantu.  

Sayang dan kasihlah kepada menantu seperti kita kasih dan sayang kepada anak sendiri. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kita. 

Malang sekali, apabila ada kes yang tidak sepatutnya berlaku antara bapa mertua dan ibu mertua dengan anak-anak menantu.  Ada yang bersifat menjadi batu api menyebabkan rumahtangga anak menjadi huru hara.

Mereka ingin runtuhkan masjid.  Mereka melakukan pelbagai usaha agar berlaku perceraian.  Adik ipar hasut mertua, ipar duai sebar fitnah, adik beradik saling umpat dan macam-macam lagi.

Malah ada sanggup melakukan perbuatan syirik menggunakan guna-guna atau khidmat bomoh untuk memisahkan suami isteri.  

Hal ini mungkin sikap benci atau tidak setuju dengan pilihan anak.  Jadi, biarpun telah menjadi menantu, mereka berusaha untuk pisahkan. 

Maka itu, istilah menantu ditukar menjadi hantu, kononnya buruk sangat di mata ibu bapa terhadap pasangan anak mereka.

Ada bapa mertua menggatal dan tertarik dengan menantu perempuan.  Ini dipanggil bapa mertua jahat.  Bapa mertua main menantu.  Bapa main isteri anak. 

Umur semakin tua, tetapi nafsu tidak kurang. Maklumlah, isteri sendiri sudah tua.  Tidak menarik dan tidak seksi lagi.  Maka, menantu pula yang jadi sasaran.  Menantu dinodai mertua. Mereka berkongsi kasih dengan anak sendiri. Ini tabiat atau tibie dunia haiwan.

Peliknya menantu juga rela main dan lebih suka kehebatan ayah mertua.  Malah ada kes menantu perempuan goda bapa mertua.  Mula-mula main mata dan kemudian sentuh-sentuh. Menantu gatal dan miang.

Mungkin baginya bapa mertua lebih berpengalaman dan menarik.  Ambil berat dan pandai ambil hati. Main pasti lebih lama. Ayah hebat atau papa hebat memang tidak boleh ditolak nafsu ghairah. 

Muda belum tentu gagah.  Hal ini perlu disedari para suami tenteng kehendak sex istri masing-masing.  Jangan pandang mudah hal ini. 

Suami perlu berusaha jadi lelaki sejati idaman sang isteri.  Jangan cepat tewas di ranjang. Itu tugas suami melayan kehendak batin isteri. Pasti istri tidak cari yang lain.

Dunia sudah terbalik.  Agaknya inilah di antara tanda dunia sudah hampir kiamat.  Mereka tidak kenal halal haram. Mereka suka daging busuk sedangkan gulai dan masakan yang enak ada tersedia.

Ada juga kes menantu lelaki tertarik dengan emak mertua.  Ibu mertua dan menantu sama-sama kemaruk seks atau gila seks dan terjadilah apa yang tidak sepatutnya berlaku. Bini yang masih muda tidak pula timbulkan ghairah di matanya. 

Mungkinkah pengalaman ibu mertua menjadi penentu?  Inilah akibat nafsu dikuasai iblis. Nafsu jadi raja, fikiran tidak berfungsi lagi.

Sebab itu, perbuatan zina menjadi-jadi.  Inilah gambaran ketika Rasulullah Israk Mikraj yang mana baginda melihat sekelompok manusia suka makan bangkai, sedangkan ada daging halal untuknya. Hanya manusia gila sanggup melakukan perbuatan itu.   

Ini tidak termasuk kes abang ipar layan nafsu adik ipar, adik ipar lelaki dengan kakak ipar perempuan, sumbang mahram adik beradik dan sebagainya. 

Ada yang kongsi bini dengan lelaki lain, main dengan isteri rakan, main dengan isteri jiran, kongsi suami, adik main kakak, bertukar pasangan suami isteri, suami jual isteri dan macam-macam istilah yang menjijikkan. 

Inilah akibat tiada pegangan agama atau kurang didikan agama.  Hukum agama tidak dipedulikan asalkan dapat puaskan nafsu.  Mereka tidak kira erti dosa dan pahala.  Jauh sama sekali untuk ambil kisah cemuhan masyarakat.  

Hidup bebas seks berlaku yang berlaku dalam masyarakat Melayu sudah seakan-akan seperti di negara Barat.  Itu semua ajaran sesat yang semakin menular dalam masyarakat kita. 

Hidup tidak ubah macam alam haiwan, bahkan lebih teruk.  Binatang tahu menjaga pasangan masing-masing.  Binatang akan berlawan hingga mati semata-mata untuk mengelak jantan lain mendampingi pasangannya.  

Sebenarnya apa yang diketengahkan adalah soal hubungan terlarang dalam keluarga.  Perkara yang jijik, tetapi dianggap seronok oleh mereka yang sudah bernafsu binatang.

Hubungan terlarang tidak berlaku jika masing-masing menjaga batas hubungan.  Ingat, hubungan keluarga dan tinggal serumah bukan alasan untuk bergaul bebas.  

Syaitan sentiasa menjadi orang tengah menggalakkan maksiat. Syaitan yang diketuai iblis ingin kita menemaninya di neraka.  Syaitan mengajak manusia ingkar perintah Allah dan menjadi sesat. 

Antara yang perlu dijaga ialah soal batasan aurat yang boleh menaikkan nafsu ghairah.  Berpakaianlah dengan sopan biarpun berada di dalam rumah sendiri.  Jangan dedahkan bahagian mudah mengundang ghairah pasangan berlainan jantina.  

Sumbang mahram, selikuh dan seks terkutut di dalam rumah mudah berlaku kerana tidak ada yang melihat.  Ia tidak ubah seperti pesta seks keluarga.  Mereka menganggap rumahku syurgaku.  Sedangkan hakikatnya rumahku sudah menjadi nerakaku. 

Sikap saling percaya dan anggap tidak ada apa-apa banyak punca berlaku maksiat di dalam rumah. Mereka berkongsi dan memberi kepada yang tidak sepatutnya.

Jangan terkejut jika lesbian, gay, biseksual dan transgander juga wujud di dalam rumah.  Inilah yang membimbangkan.  Maksiat dalam rumah yang terselindung di sebalik hubungan kekeluargaan.

Isteri curang, suami jahat, kakak ipar atau adik ipar menggoda dan macam-macam lagi terjadi dalam keluarga yang tidak mementingkan batasan hukum agama.  Lebih malang, suami lacurkan isteri, ibu atau bapa paksa anak perempuan mereka layan nafsu lelaki.  

Banyak kes berpunca adik atau kakak, suami isteri bercerai akibat masalah ini.  Justeru, layanan terhadap ahli keluarga perlu dibatasi untuk elak maksiat dan fitnah.  

Akibat nafsu buas, kanak-kanak perempuan menjadi mangsa.  Kisah bapa rogol anak satu kejadian yang menyedihkan. Sama juga kejadian bapa cabul dan rogol cucu. Mereka tidak kira umur. 

Ada kes kanak-kanak yang masih berstatus bayi berumur bawah satu tahun menjadi mangsa seks gila. Manusia hilang kewarasan dan nilai kemanusiaan.

Islam melarang hubungan bebas, tambah lagi seks bebas.  Hubungan seks menjadi satu ibadah jika berlaku antara suami isteri yang sah nikah.  Islam menghalalkan nikah dan mengharamkan zina.   

Kepada yang terlanjur, cepatlah bertaubat nasuha dan berusaha menjauhkan perbuatan dosa itu.  Ingatlah, perbuatan dosa membawa ke neraka.  Rebutlah perluang taubat yang masih terbuka sebelum ajal menjemput. 

Ingat, ajal tidak mengenal usia.  Yang muda pun banyak mati secara mengejut atau disebabkan penyakit berbahaya. 



No comments:

Post a Comment