Saturday, 11 March 2017

LIRIK LAGU WARISAN


Lagu Warisan atau Anak Kecil Main Api sinonim di kalangan mereka yang mencari kekuatan jiwa dalam memahami kedudukan bangsa Melayu sekarang ini. 

Lagu penuh analogi itu perlu dihayati di kalangan bangsa Melayu dan insaf nasib agama bangsa.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)


https://youtu.be/6xh0fN8C4Vk  --------------

Satu lagi lagu WARISAN yang terkenal adalah nyanyian Sudirman.  lagu patriotik WARISAN sering dilagukan dalam program kenegaraan dan jati diri.

WARISAN

WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

KORUS :
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan…cinta ini

Bertapak di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

 (Ulang KORUS )

No comments:

Post a Comment