Berniaga kuih di tepi jalan tidak banyak untung. Namun, bagi mak cik peniaga kuih itulah cara dia mencari rezeki. Biarpun untung kecil, apa yang penting halal. Mak cik tidak mengeluh, sebaliknya terus cekal menjual tidak kira hujan atau panas. Pun begitu, mak cik penjual kuih pun ada maruah.
Ikuti kisah ini pada suatu hari di gerai mak cik penjual kuih.
"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.
"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga
ringgit?" tanya makcik itu.
"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni
cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu
biji."
Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu
itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik
kecil berwarna kuning.
"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun
dik," jawab makcik itu.
"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.
"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji
paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos
masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak
kira macam mana," jawab makcik.
Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6
biji kuih itu kepada Nora.
"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih
tu?" tanya makcik itu.
"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak
Nora.
"Makcik buat seorang, dari pukul 10
pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul
4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena
tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.
"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya
makcik itu lagi kepada Nora.
"5 suku," jawab Nora.
"Adik pelanggan kedua makcik hari ni,"
jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1,
RM1.20."
Nora diam sahaja.
"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik
beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah
makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru
untung RM2.20."
Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu
untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar,
makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang
adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"
"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak
macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung,
kenapa makcik meniaga?"
Makcik itu merenung muka Nora.
"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih
Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu,"
jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat
benda lain dah sebenarnya. "
Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada,
"tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita
sekarang ni pelik dik."
Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana
tu Cik?"
"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa,
sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen
sebiji, mahal," Makcik itu senyum.
Nora terdiam lagi.
"Adik pernah cuba buat kuih orang
kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.
"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba
buat masa raya dulu," jawab Nora.
"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih
bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.
Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh
tangannya memukul telur.
"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit,
makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam
adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada
anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang
kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."
Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung
melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang
dibawa.
"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga
sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung
makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat
semua," kata makcik tu.
"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa
lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.
"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik
semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam
mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje
hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.
"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata
Nora.
"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah.
Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi
balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.
"Kenapa pula makcik?" tanya Nora
kehairanan.
"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang
Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang
kita," jawab makcik itu.
"Saya mampu makcik," balas Nora.
"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah
tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.
DAILOG YANG MEYENTUH PERASAAN
- Kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli
- Harga berpatutan dah, jangan pertikai.
- Tolong hargai susah payah orang yang buat.
- Cuba buat sendiri agak-agak dapat ke seketul
20 sen.
- Beli di pasaraya tak minta kurang pun.
- Dah murah nak murah lagi.
Salin dan tampal
No comments:
Post a Comment