Wednesday 6 September 2017

Buah kategori nadir

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis pokok buah yang tumbuh secara semulajadi. Sebahagian pokok itu ada yang telah dikomersilkan ditanam secara ladang seperti kelapa, duku, rambutan, mempelam dan sebagainya. 

Namun, terdapat juga pokok buah yang berasal di negara kita kini semakin berkurangan. Pokok buah yang dulu menjadi pilihan dan kegemaran ramai, kini semakin pupus dan tidak dikenali. Malah, anak muda tidak lagi gemar untuk memakan buah yang pernah menjadi pilihan dan kegemaran datuk nenek dulu.

Genarasi muda hari ini lebih kenal buah epal, anggur, limau sunkis dan buah-buah yang diimport. 

Pokok buah yang dulu banyak terdapat di kampung kini semakin pupus. Atas dasar itu, pokok buah itu kini dikenali sebagai pokok buah nadir. Perkataan nadir  membawa maksud sedikit atau jarang.

Buah nadir dikategorikan sebagai buah-buahn yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Kebanyaknnya ditanam bercampur-campur dengan buah-buahan lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok tuduhan di halaman rumah. Selain itu pokok nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kita. 

Tidak dinafikan, terdapat orang suka mencuba buah baru atau belum dimakan. Sebab itu, buah-buah nadir kembali mendapat perhatian. Malangnya, ia sukar diperoleh atau hanya di tempat tertentu saja buah itu dapat dibeli. Itupun dengan harga yang agak mahal berbanding buah-buahan lain. 

Antara jenis buah dikategori nadir ialah merkang, guchil, kerian, rambai, piah, keranji, mertajang, sentol, bacan, binjai, kiat, kuini, katak puru, celagi, perah, jering, berangan dan banyak lagi yang semakin dilupai generasi sekarang. 

No comments:

Post a Comment