Adat bertanding ada menang dan kalah. Namun, kalau kalah
biarlah kerana orang lain lebih baik, bukan kerana pengadil yang tidak
melaksanakan tugas dengan baik.
Bila sebut pertandingan, maka bersungguh-sungguhlah hendak
menang. Biarpun bukan hadiah yang dikejar, tetapi semangat menang itu amat
penting.
Kita boleh lihat orang jadi 'bodoh' kerana hendak
menang. Sanggup lakukan apa saja asalkan
boleh membantunya untuk menang. Sanggup selongkar tong sampah untuk mencari
sesuatu yang membolehkan dia menang. Biar muka diconteng dan dibuat macam-macam
asalkan dapat memberi markah untuk dia atau kumpulannya menang.
Pertandingan dalam kumpulan adalah cara terbaik untuk
menyatukan organisasi. Individu berjawatan paling tinggi dalam organisasi
sanggup bersama-sama melakukan apa saja dengan orang berkedudukan paling rendah
dalam haraki organisasi semata-mata untuk memastikan pasukannya menang.
Demi mendapat markah, apa sahaja sanggup dilakukan. Biar
kena gelak dan 'diperbodohkan' orang lain, namun sanggup dilakukan untuk
markah.
Maka itu, jika ketidakadilan berlaku dalam pemberian markah,
sudah tentu akan menyebabkan peserta akan marah dan tidak puas hati. Apabila
kemarahan memuncak, perasaan tidak dapat dikawal lagi. Tidak kena gaya,
penyepak dan penumbuk yang dihalakan kepada pengadil.
Bukan tidak dapat menerima kekalahan, tetapi inginkan
penghargaan dan pengiktirafan apa yang dilakukan. Jangan pengadil buat suka
hati dan tidak perihatin dalam pemberian markah. Berusahalah buat
seadil-adilnya, biarpun disedari bukan dapat berlaku adil 100 peratus.
Kalau patut dibuat skala markah, sediakan dengan baik. Buat catatan
dan perhatikan dengan baik. Adakan sekurang-kurangnya dua atau tidak orang
pengadil yang akan menampakkan kesungguhan pengadilan.
Kalau ada pelbagai aspek pemarkahan seperti yang
disyaratkan, nilaikan semua eleman tersebut. Beri markah dan nilaikan dengan
jujur. Tidak kiralah peratusan markah itu besar atau kecil.
Sikap pengadil yang sekadar sambil lalu memberi markah
menampakkan sikap angkuh dan tidak bertanggungjawab. Seperti tidak menghargai
langsung penat lelah orang lain bersiap dan melakukan tugasan untuk dinilai.
Berilah penghargaan kepada usaha dan kerja-kerja orang lain.
Hargai dan buatlah penilaian yang sewajarnya. Kalau rasa hendak beri kemenangan
kepada pihak lain, buatlah lakonan betapa seriusnya pengadil membuat penilaian.
Tengok baik-baik dan beri markah, biarpun tidak adil, kerana itu
setidak-tidaknya menunjukkan mereka menjalankan tugas sebagai pengadil.
No comments:
Post a Comment