Sunday, 22 October 2017

Rokmo tempat memasak guna kawah

Buat sura atau kaca sura memerlukan tempat letak kawah bagi membolehkan bahan-bahan membuat sura dimasakkan. Kawah berukuran besar memerlukan tapak kawah yang besar.

Sekarang tapak kawah kebanyakannya dibuat daripada besi yang kuat dan kukuh yang dapat menampung kawah yang besar dan penuh dengan sura.

Pada masa dulu, tempat letak kawah perlu dibuat di atas tanah. Lubang digali yang dikenali 'romo' atau 'rokmo', manaka di setengah tempat dipanggil 'tunggey' yang mana dibuat lubang untuk memasukkan kayu api sebagai bahan bakarnya.

Ada juga dibuat dua lubang yang dijadikan sebagai rung untuk udara masuk untuk memarakkan nyalaan api. Lubang biasanya digali sedalam kira-kira dua kaki.

Sekarang ini kaedah ini jarang dipraktikkan kerana tidak mahu menggali lubang. Tambahan pula kebanyakan tempat mengaca sura dibuat dikawasan keras seperti atas simen, tar dan padang yang mana tidak sesuai untuk digali.

Satu lagi sebab ialah, bahan api untuk memasak tidak lagi menggunakan kayu api, sebaliknya lebih mudah menggunakan gas memasak. 

Memasak sura sekarang lebih mudah dan cepat menggunakan gas memasak. Satu lagi sebab proses memasak mengambil masa lebih singkat kerana bahan membuat sura biasanya terlebih dahulu dimasak secara berasingan.

Apa pun bentuk tempat kawah diletakkan dan proses memasaknya yang berbeza, tradisi memasak atau kaca sura di Kelantan masih meriah.

Masuk saja bulan Maharam, terus dibuat perkiraan untuk mengadakan majlis kaca sura. Tarikh yang biasa dibuat ialah pada 10 Maharam sehingga habis bulan pertama dalam kalender Hijrah itu.

No comments:

Post a Comment