Pelbagai
kemudahan telah disediakan untuk membantu wanita bekerja dalam melaksanakan
peranan-peranan mereka. Antaranya, cuti bersalin yang telah dipanjangkan kepada
90 hari; galakan kerajaan agar majikan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak dan
kemudahan untuk para ibu menyusukan sendiri bayi mereka; waktu kerja anjal;
dan, bekerja dari rumah.
Cuti
bersalin panjang yang dinikmati oleh seorang wanita bertujuan memberi tahap
kesihatan yang baik bagi boleh kembali bekerja di pejabat dengan semangat baru.
Cuti bersalin panjang juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan ibu dengan anak
melalui penjagaan dan penyusuan badan.
Cuti
bersalin diberikan secara flaksible antara 60 hari hingga 90 hari dilihat sesetengah
pihak sebagai tidak mencukupi. Sebab itu ada memohon agar ditambah sehingga empat
bulan atau 120 hari.
Pastinya
tiada wanita yang waras, yang tidak mahu mendapat cuti bergaji penuh selama
empat bulan. Tambah pula jika tempoh cuti itu boleh digunakan untuk melahirkan
keeratan dengan bayinya.
Namun,
dari sudut yang lain, banyak kesan terpaksa 'berlaku' jika cuti bersalin
ditambah sehingga empat bulan.
Cuba
kita fikirkan keadaan di pejabat jika cadangan ini dilaksanakan. Siapa akan menanggung
tugas yang ditinggalkan? Tidak semua tugas boleh diserahkan kepada orang lain terutama
yang melibatkan tugas profesional yang memerlukan kelayakan khas.
Pada
masa sama, kerja-kerja perlu ditanggung oleh orang lain perlu dibayar elaun
kerana memangku tugas itu. Bayaran tambahan ini akan menyebabkan calon wanita
menjadi kurang berdaya saing dalam pasaran kerja berbanding calon lelaki dalam
temu duga.
Dalam
jangka panjang, ada kemungkinan majikan tidak mahu memilih calon wanita untuk
mengisi jawatan-jawatan kosong di pejabat mereka. Apakah ketika itu, kita akan
mengatakan bahawa majikan seperti ini berlaku tidak adil terhadap wanita?
No comments:
Post a Comment