Sunday 12 November 2017

Sejarah pengajian tinggi Islam

Selaras dengan perkembangan Islam di alam Melayu dan juga lahirnya cerdik pandai yang ingin mengembangkan pendididkan Islam secara lebih formal dan mendapat pengiktirafan, maka institusi pendidikan tinggi Islam mula ditubuhkan selari dengan perkembangan pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris.

Namun semangat cintakan agama bangsa yang menebal di kalangan pemimpin Islam, usaha menubuhkan institusi pengajian tinggi Islam dicetuskan biarpun mendapat tentangan daripada penjajah. 

Antara pencetus idea menubuhkan sebuah koleh pengajian Islam di Tanah Melayu ialah Zaaba melalui tulisannya dalam majalah Al-Ikhwan 17 Januari 1927. Matlamat penubuhnya ialah agar melahirkan cerdik pandai dan ilmuan Islam untuk menjadi teras kepada perjuangan agama, bangsa dan tanahair.

Hasil cadangan itu, mesyuarat antara ulama Malaya di Muar, Johor telah bersetuju agar satu institusi agama ditubuhkan. Penaja Jawatankuasa KIM telah ditubuhkan pada 20 Mac 1949. Laporan Jawatankuasa Kolej Islam telah dimuktamadkan di 19 September 1949. Dengan pengesahan daripada Sultan Pahang dan Selangor tidak dapat menghalang penjajah dari melarang pembinaan kolej.  
           
Pada tahun 1952, Tuanku Abdul Rahman mencadangkan College yang akan dibina di laluan yang sama dengan sekolah-sekolah mubaligh. Pada mulanya, sekolah-sekolah telah dicadangkan untuk dibina di Skudai, Johor.

Sekolah ini telah dibina melalui pembiayaan awam. Ia juga mendapat dana daripada taikun Cina dan kerajaan Arab seperti Aarb Saudi dan Kuwait. Kumpulan pertama terdiri daripada 58 pelajar dengan pelajar tertinggi berasal dari Kelantan. Terdapat juga dua profesor dari Universiti Al-Azhar.

Kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 1374 Hijrah / 1955 Masihi dan dinamakan Kolej Islam Malaya. Kolej ini pernah dicadangkan untuk dinaikkan taraf menjadi universiti pada sekitar tahun 1970 tetapi terbantut. Namun setelah 45 tahun berlalu, usaha tersebut kini telah menjadi kenyataan apabila penubuhan Universiti Islam Malaysia telah diluluskan.  

Satu lagi lambang kecemerlangan pendidikan tinggi Islam di Tanah Melayu dibawa oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.  Kewujudannya memenuhi keperluan medan untuk melahirkan cerdikawan Islam. 

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sepertimana yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Islam. Sebelum ini kedua-dua institusi tersebut merupakan institusi yang tersendiri dalam Universiti Malaya.

Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1959 hasil dari hubungan yang formal antara Kolej Islam Malaya pada waktu itu dan Universiti Malaya. Sejak dari waktu itu Majlis Kolej Islam berfungsi sebagai penguasa eksekutif kepada jabatan berkenaan, manakala Senat Universiti Malaya pula mengawasi segala yang berhubung dengan hal-hal akademik.

Akademi Islam pula ditubuhkan pada tahun 1981 hasil pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Ia mengandungi dua buah fakulti, iaitu Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin, satu program ijazah, iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, dan satu program matrikulasi, iaitu Pra Akademi Islam.

Hasil kejayaan lulusan dari pendidikan berteraskan Islam yang ternayta mempunyai tahap keilmuan bukan saja dalam bidang yang berkaitan Islam, bahkan hal-hal pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan, pemintaan penubuhan institusi berteraskan Islam semakin mendapat permintaan. Ibu bapa yakin bahawa anak yang terdidik dalam dua aliran agama dan sekular mampu meraih kejayaan dalam hidup dan menjadi insan yang lebih mulia.

Justeru itu, kerajaan mula memperkenalkan program pendidikan Islam di universiti tempatan sama ada dikendalikan oleh fakulti pengajian Islam mahupun oleh fakulti lain. 

Kita dapati banyak pengajian Islam atau yang berkaitan dengannya ditawarkan di hampir semua universiti di negara kita. Perkembangan baik itu selaras dengan matalamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara Islam prograsif.

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Malaysia serta kolej universiti swasta seperti KolejUniversiti Insaniah, Kolej Islam Melaka, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan banyak lagi yang terdapat di seluruh negara mencerminkan era penerimaan lebih baik kepada pendidikan tinggi Islam.  

No comments:

Post a Comment