Ajaran Islam penting ilmu. Perlaksanaan
hukum agama itu sendiri berteraskan kepada ilmu. Tanpa ilmu berkaitan
ketuhanan, fardu ain, fardu kifayah dan sebabainya, seorang penganut agama
Islam tidak dapat berfungsi sebagai seorang muslim yang
sempurna.
Penghayatan terhadap ajaran Islam berkaitan dengan sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang berkaitan dengannya.
Penghayatan terhadap ajaran Islam berkaitan dengan sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang berkaitan dengannya.
Sebab itu, selain
proses keislaman melalui pengucapan kalimah syahadah, maka ia perlu diteruskan
dengan proses mendalami ilmu Islam. Justerus, pendakwah dan ilmuan
Islam yang datang ke alam Melayu turut mengadakan kelas-kelas agama kepada
penduduk tempatan yang telah menganut agama Islam.
Kelas yang diadakan
bukan saja memberi pengetahuan mengenai Islam, tetapi juga menjadi kaedah untuk
terus mendampingi dan memberi keyakinan kepada orang yang baru menganut Islam
tentang cara hidup Islam. Cara itu juga dapat menarik lebih banyak
orang menganut Islam setelah melihat hasil positif kehidupan orang Islam.
Penyebaran ilmu Islam
berlaku secara formal dan tidak formal. Secara formal berlaku
melalui institusi khusus yang menjadi teras kepada proses penyebaran agama
Islam. Antara institusi yang memainkan peranan besar dalam penyebaran Islam di
alam Melayu ialah institusi istana, masjid, pondok, sekolah agama dan institusi
pengajian tinggi.
Pendidikan formal ini
berjaya melahirkan banyak bijak pandai dalam bidang agama dan kemudiannya
menjadi pengembang kepada ajaran Islam seterusnya.
Mereka yang berpendidikan formal ini bukan belajar setakat di situ saja, bahkan menyambungkan pelajaran di tempat-tempat lain hingga ke luar negara, terutama di Arab Saudi dan Mesir.
Mereka yang berpendidikan formal ini bukan belajar setakat di situ saja, bahkan menyambungkan pelajaran di tempat-tempat lain hingga ke luar negara, terutama di Arab Saudi dan Mesir.
Manakala pendidik
tidak formal berlaku secara hubungan sesama orang Islam yang sentiasa mengajar
dan menceritakan sesuatu berkaitan ilmu Islam Ia berlaku di mana-mana
saja, termasuk di pasar, tempat tempat orang ramai, hubungan persaudaraan dan
sebagainya.
Pendidik tidak formal
berlaku secara berterusan melalui pemerhatian, mendengar, pengalaman dan sebagainya.
Apa yang baru diketahui atau dilakukan adalah ilmu baru yang diperoleh. Ia memberi
manfaat untuk masa depan mengikut keperluan yang berkaitan.
Contohnya ilmu berkaitan
tanda hendak hujan. Kita mungkin tidak mengetahui tanda-tanda hari hujan. Tetapi
berdasarkan pengalaman atau maklumat mengenai mendung yang kemudiannya turun hujan,
kita dapat tahu jika keadaan sama berlaku, iaitu mendung, itu tanda hari akan hujan.
Ilmu itu tentu sekali
memberi manfaat untuk pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment