Sunday, 12 November 2017

Cara Islam masuk dan berkembang di Nusantara

Terdapat beberapa terori mengenai kedatangan Islam ke alam Melayu. Pertamanya bersumberkan kepada sejarah China. Sumber itu menyebut pendakwah Islam berasal dari Tanah Arab yang mana pada abab ke 7 Masihi telah terdapat orang-orang Arab yang menetap di Sumatera. 

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan salah seorang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Kumpulan itu berjaya mengislamkan Raja Perlak dan kemudian mendapat sokongan raja itu untuk pendakwah menyebarkan Islam di negara berkenaan.
           
Teori lain menyebut bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu berlaku melalui India hasil hubungan pedagangan. Peniaga muslim mengambil kesempatan menyebarkan Islam di tempat-tempat mereka menjalankan perniagaan. Terdapat dua pusat perhubungan yang disebut sebagai asal pedagang dari India iaitu Gujerat dan Malabar. 

Kedua-dua tempat itu dikatakan menjadi pusat pengembangan Islam di benua India yang telah melahirkan banyak peniaga Muslim yang mengembangkan perniagaan ke seluruh Nusantara dan pada masa sama mengambil kesempatan menyebarkan Islam. Kumpulan ini mengamalkan mazahab Syafie dan sebab itu penganut Islam di Nusantara menjoritinya bermazahab Syafie hingga ke sekarang.

Manakala teori lain pula menjelaskan kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dari pedagang atau hubungan dengan negara Cina. Dikatakan, Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman Affan. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Bermua dengan itu, hubungan kerajaan Islam di Arab dengan China terus berlangsung dengan baik dan berjaya mengembangkan Islam di negara berkenaan, terutama di Yunan yang telah menjadi negara Islam.  

Orang Islam dari Yunan dikatakan telah berpindah ke kawasan lain di Asia Tenggara seperti Kemboja dan Semenanjung Tanah Melayu. Penyebaran Islam di alam Melayu dilakukan orang Cina dikatakan bermula pada abab ke 10 dan 11 Masihi.  

No comments:

Post a Comment