Mula berniaga memerlukan banyak modal. Itu masalah utama ingin mencebur bidang perniagaan.
Namun ada cara mula berniaga dengan modal rendah dan peluang mendapat untung besar. Perniagaan dimaksudkan ialah melalui online dengan modal yang rendah secara menjadi Dropshiper.
Sistem dropship yang mana mereka
terlibat dalam sistem itu dipanggil dropshipper,
termasuk sebagai salah satu perniagaan tanpa modal. Dalam sistem ini, peniaga
online tidak perlu membeli produk untuk disimpan dan dijual kepada pembeli.
Peniaga sistem dropship hanya memerlukan satu 'perjanjian' atau
'persetujuan' di mana pembekal produk memberi kebenaran untuk peniaga online
memasarkan atau membuat iklan produk secara online.
Pembeli yang bersetuju membeli akan membuat pembayaran kepada peniaga
online berkenaan dan kemudian membuat pembayaran kepada pembekal produk yang
bertanggungjawab membuat penghantaran kepada pembeli.
Harga yang dibayar pembeli tentunya lebih rendah berbanding jumlah yang
perlu dibayar kepada pembekal. Perbezaan
harga itulah yang menjadi untung kepada peniaga online meggunakan sistem ini. Ada juga menyebut keuntungan itu sebagai komisen.
Tidak kisah apa nama, yang penting ia mendapatkan pendapatan agak lumayan.
Ini bermakna peniaga online secara dropship tidak memerlukan modal
langsung. Mereka hanya memberi tumpuan
untuk membuat iklan di media sosial atau apa-apa medium lain yang dipilih.
Segala bahan iklan biasanya disediakan oleh pembekal. Bahkan mereka juga menyediakan latihan asas
kepada peniaga online bagaimana membuat pengiklanan dan proses lain yang
berkaitan.
Hanya satu perkara diingati mereka yang terlibat dengan sistem ini,
iaitu resiko dari pihak pembekal. Ada pembekal tidak bertanggungjawab yang
tidak menghantar barang seperti yang ditetapkan. Dalam soal ini, pembeli akan menyalahkan peniaga
online kerana mereka hanya berhubung dengan anda, dan mereka biasanya tidak kenal
atau tidak tahu siapa sebenarnya pembekal.
No comments:
Post a Comment