Pembangkang
perlu ikhlas dalam soal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan jangan menipu
rakyat kononnya GST patut dihapuskan tetapi dalam masa sama akan mengembalikan
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sudah lapuk.
Jika
mansuhkan GST, bagaimana kerajaan dapat sumber pendapatan negara untuk
pembangunan negara. Banyak peruntukan untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), subsidi barangan keperluan, pendidikan, kesihatan dan
sebagainya yang menggunakan hasil dari GST.
SST
yang mahu diguna pakai pembangkang jika dapat memerintah negara mempunyai
masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan
nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan
penjual.
Penggunaan
kembali sistem SST bukan sahaja keterbelakang, malah akan membebankan rakyat
secara tersembunyi.
Pemimpin
yang kini bersama pembangkang sedar tentang kelemahan SST dan pernah mengakui
GST lebih baik daripada SST kerana kepimpinan negara terdahulu yang
mengesyorkan untuk menaik taraf cukai kepada sistem GST.
SST
sistem lapuk dan tersembunyi yang telah ditamatkan oleh 160 buah negara di
dunia. Tidak ada satupun negara yang beralih kepada GST kembali mengamalkan
SST kemudiannya. Ini membuktikan GST satu sistem yang terbukti baik dan diteruskan
oleh negara yang beralih dari SST kepada GST.
Dalam
sistem GST, pengguna dinyatakan jumlah cukai yang dikenakan dan jumlah itu tercatat
secara jelas di dalam resit. Sedangkan dalam sistem SST, pengguna tidak mengetahui
berapa cukai yang dikenakan terhadap mereka dan tidak mengetahui berapa jumlah cukai
yang dikenakan kepada setiap urusniaga dilakukan.
Di
bawah sistem SST adalah tidak perlu untuk penjual maklum jumlah cukai dalam
resit. Jadi mereka boleh mengenakan cukai pada kadar yang tidak boleh dikawal
penguat kuasa, dan rakyat juga tidak sedar mereka masih dicukai walaupun
diberitahu GST dimansuhkan.
Sebaliknya,
dengan GST di mana penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni
enam peratus. Dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan
lebih sistematik daripada SST.
No comments:
Post a Comment