Friday, 10 November 2017

GST Memberi Keuntungan Kepada Warga Miskin

GST memberi kebaikan kepada golongan miskin. Mungkin fakta ini disanggah atau tidak diterima ramai. Mana mungkin GST memberi kebaikan kepada warga miskin yang terpaksa membayar cukai kepada kerajaan.

GST didakwa membebankan golongan miskin. Satu tindakan 'kejam' mengambil wang rakyat miskin. Jadi, mana alasan mengatakan GST membantu golongan miskin?

Mari kita melihat fakta. GST memang dikenakan kepada semua pengguna yang membeli barang atau menggunakan perkhidmatan. Jadi, orang miskin juga terlibat atau terpaksa membayar GST.

Namun, kebanyakan keperluan asas seperti makanan tidak dikenakan GST. Contohnya, semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti ‘wholemeal’, serbuk kopi, teh dan koko, mi kuning, kuey teow, laksa dan bihun, beras dan sebagainya tidak dikenakan GST.

Mari kita membuat kira-kira mengenai perbelanjaan yang dikenakan GST kepada golongan miskin.

Katakan pendapatan keluarga bawah RM1,000. Jika semua wang dibelanjakan membeli baang dikenakan GST, maka keluarga itu membayar sejumlah RM60 sebulan. Jumlah setahun adalah RM720.

Biasanya jumlah perbelanjaan bulanan bagi keluarga berpendapatan RM1,000 sebulan hanya kira-kira RM300 sebulan. Majoriti perbelanjaan golongan miskin untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan yang tidak dikenakan GST.

Jika hanya perbelanjaan RM300 dikena GST, maka jumlah sebulan adalah RM18 atau setahun RM216. Memang jumlah itu tetap agak besar terpaksa ditanggung oleh golongan miskin.

Mari kita lihat, kemana hasil GST dibelanjakan? Antaranya adalah untuk membayar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bantuan BR1M untuk setahun berjumlah RM1200. Jumlah itu melebihi apa yang dibayar untuk GST iaitu RM216 setahun, bakinya masih ada sebanyak RM984.

Ambil pula contoh mereka yang berpendapatan RM500 sebulan. Jumlah mereka bayar GST sekitar RM5 sebulan atau RM60 setahun. Sedangkan mereka terima BR1M sebanyak RM1200 setahun. Mereka terima lebihan sebanyak RM1140 setahun.  

Mana baik kena bayar GST dan kemudian menerima BR1M, atau tidak membayar GST dan tidak menerima BR1M serta bantuan lain yang selama ini disediakan oleh kerajaan.

Tanpa kerajaan mengambil GST, mana mungkin kerajaan boleh memberi BR1M dan subsidi lain kepada rakyat.   

Maka itu, GST memberi keuntungan kepada golongan miskin.

No comments:

Post a Comment