Thursday 2 November 2017

Makanan ringan beri kesan buruk

Gaya pemakanan yang sihat amat penting bagi kesihatan yang baik. Jadi amat penting kita memilih makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan jasmani dan rohani.

Tabiat pengambilan makanan yang sihat dari kecil lagi. Ibu bapa berperanan memupuk gaya pemakanan yang sihat. Namun, aspek pendidikan ini jarang diberi perhatian oleh ibu bapa. Anak diberi kebebasan meminta atau memilih makan yang digemari tanpa mengambil kira kesan akibat pemakanan itu.

Kanak-kanak pada masa kini gemar untuk makan makanan ringan atau jajan. Kononnya lebih sedap dan menyelerakan serta boleh dimakan bila-bila masa. Makanan sihat seperti sayur, daging ,ikan, buah-buahan tidak menjadi kegemaran atau pilihan mereka.  

Tren pengambilan makanan ringan di kalangan kanak-kanak bermula sejak usia bayi atau bawah usia dua tahun. Mereka diberikan makanan seperti coklat, aiskrim, gula-gula, snek dan lain-lain kononnya untuk membiasakan dengan pelbagai jenis makanan orang dewasa dan menceriakan.

Apabila usia meningkat kanak-kanak dan boleh ‘meminta’ atau membuat pilihan sendiri apa ingin dimakan, ibu bapa membelikan anak-anak makanan ringan sebaik sahaja diminta oleh anak-anak.

Sepatutnya, ibu bapa menghadkan anak memakan makanan ringan. Lebih elok jika tidak diberikan langsung. Ini bagi mengelak budaya memakan makanan ringan. Jika ibu bapa tidak membeli makanan ringan lama-kelamaan kanak-kanak akan membiasakan diri untuk makan makanan yang sihat.

Kandungan yang terdapat di makanan ringan seperti gula, garam, lemak, pengawet, pewarna dan Monosodium Glutamat (MSG) boleh mengakibatkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Antara penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak akibat pengambilan makanan ringan yang keterlaluan ialah seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, asma, obesiti dan lain-lain. Keadaan ini punca mengapa kebanyakan rakyat sudah mengidap pelbagai penyakit berbahaya seawal usia 30an atau 40an.

No comments:

Post a Comment