Wednesday 1 November 2017

Bangkit ikut maqasid syriah

Perkataan renaisans yang membawa maksud pembaharuan atau kelahiran semula bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah digunakan bagi merujuk kepada kebangkitan kuasa Barat pada abad ke-14 hingga ke-16 Masihi.

Sehubungan itu, apabila disebut renaisans Melayu ia merujuk kepada kebangkitan semula orang Melayu dalam segenap bidang bagi memastikan kaum itu tidak lagi terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Renaisans Melayu mampu menggerakkan kebangkitan semangat orang Melayu dalam mewujudkan penyatuan bermaruah dan menguatkan perpaduan sesama kaum.

Ancaman terhadap orang Melayu turut berakar umbi daripada perpecahan dalaman termasuk di kalangan mereka yang berfahaman liberal dengan menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tidak selari dengan ideologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perpecahan dalam kalangan orang Melayu tidak terhad dalam politik semata-mata malah banyak lagi faktor yang mendorong ke arah itu.

Usaha menyatukan dan memperkasakan Melayu bukan bermakna menolak peranan bangsa lain.  Memperjuangan banga Melayu bukan satu ancaman kepada bangsa lain, sebaliknya mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan hubungan kaum.

Dalam hal ini, selaras dengan dasar kerajaan menggunakan kaedah berteraskan kepada maqasid syariah (objektif syarak), maka itulah yang dilakukan dalam gerakan renaisans Melayu.

Agenda pembangunan berpaksikan maqasid syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Maka, renaisans Melayu meletakkan satu rujukan berdasarkan kepada maqasid syariah iaitu:

- Ad-Din (agama) – Melayu umat Islam berfahaman ahli sunnah wal jamaah, sentiasa merujuk al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

- Nyawa (kehidupan) – Kepimpinan Melayu merujuk kenyataan Sulalat al-Salatin, sumpah antara bangsa Melayu dengan pemerintahnya.

- Akal (ilmu) – Dasar dan sistem pendidikan melahirkan Melayu bijaksana, mengagngkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjulang nilai budaya serta tamadun Islam sebagai amalannya.

- Keturunan (zuriat) – Wawaan Melayu 2050 melahirkan Melayu insan rabbani, membina keluarga mulia dan membentuk masyarakat rabbani.

- Harta (kekayaan) -  Bangsa Melayu membina harta dan kekayaan secara adil dan saksama, untuk menfaat bersama, wajib mengekalkan cengkaman ekonomi 20 peratus yang kini dimiliki dan memecahkan dominasi kaum lain yang kini menguasai 80 peratus ekonomi negara.


No comments:

Post a Comment