Tuesday 7 November 2017

Jumlah kes buang bayi

Kes buang bayi meningkat setiap tahun. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2016 sebanyak 115 kes permbuangan bayi dilaporkan. Manakala untuk tempoh Jan sehingga Jun 2017 sebanyak 59 kes pembuangan bayi telah dilaporkan,
Pada 2016, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan dengan 23 kes, diikuti Johor sebanyak 19 kes dan Wilayah persekutuan (WP) sebanyak 16 kes.
Sehingga Jun 2017, Selangor masih mencatatkan kes pembuangan bayi tertinggi dengan  16 kes, diikuti Sabah dan Kuala Lumpur masing – masing sebanyak tujuh kes.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai perancangan jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan daya tindak dan daya tahan institusi kekeluargaan khususnya remaja dan ibubapa dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reproduktif bagi menangani masalah sosial remaja.
Melalui dasar dan pelan tindakan reproduktif dan sosial kebangsaan (PEKERTI), pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan oleh agensi di bawah KPWKM termasuk penubuhan pusat remaja kafe@Teen yang bertujuan meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan dan reproduktif dalam kalangan remaja yang berumur 13 - 24 tahun.
Sejak penubuhannya pada 2006 hingga Jun 2017, program outreach kafe@Teen di sekolah – sekolah dan komuniti setempat telah berjaya mendekati seramai 632,512 orang remaja.
Sebanyak 434,540 orang remaja telah mengambil bahagian dalam program – program pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Seramai 29,563 orang remaja telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan rawatan reproduktif , manakala 9,097 orang remaja telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling sosial.
Selain itu, LPPKN turut melaksanakan program seumpama itu di beberapa institusi dan peringkat berbeza yang dikenali sebagai PEKERTI@Sekolah, PEKERTI@institt dan PKERTI@Komuniti.
Kesemua program tersebut berjaya mendekati remaja dan memberi kesedaran kepada mereka di samping turut memberi kaunseling.

No comments:

Post a Comment