Golongan pemerintah atau pihak istana telah memberi sumbangan besar
dalam perkembangan agama Islam di Kelantan. Sehingga pada masa dahulu Kelantan menjadi pusat
perkembangan Islam di Nusantara.
Atas sebab itu Kelantan diberi jolokan dengan nama Serambi Makkah atau Serambi Mekah yang kekal sehingga sekarang. Dengan restu dan sokongan pihak istana, usaha pengambangan ajaran Islam berjalan dengan lancar.
Atas sebab itu Kelantan diberi jolokan dengan nama Serambi Makkah atau Serambi Mekah yang kekal sehingga sekarang. Dengan restu dan sokongan pihak istana, usaha pengambangan ajaran Islam berjalan dengan lancar.
Dinasti Long Yunus yang diasaskan oleh Long Yunus (1775 - 1794) telah
menjadikan hukum Islam sebagai teras pentadbiran. Golongan ulama
dilantik menjadi penasihat kepada pihak istana dalam soal berkaitan hukum agama
dan pentadbiran.
Pada zaman pemerintahan Long Yunus, telah lahir seorang ulama terkenal
iaitu Tuan Sheikh Haji Ab. Halim. Beliau menjadi penasihat kepada
pihak istana dan mengadakan kelas pengajian agama di istana untuk kerabat
diraja dan pembesar negeri.
Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad I (1800 - 1835), Sheikh Haji Ab
Halim telah dilantik sebagai penasihat khas baginda. Atas nasihat
beliau, Sultan Muhammad I telah mengarahkan membina banyak masjid, surau dan
wakaf untuk tempat beribadat dan kemudahan persinggahan.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad II (1839 - 1886), syiar Islam lebih
berkembang pesat di Kelantan. Baginda telah melantik lebih ramai
pegawai agama bagi menguruskan soal-soal keagamaan. Di setiap mukim
dan kampung dilantik imam dan bilal untuk mengendalikan hal-ehwal agama.
Pada masa pemerintahan baginda, Masjid Kota Bharu telah didirikan pada
tahun 1867 bagi menggantikan masjid lama. Masjid Kota Bharu kemudiannya muncul
sebagai pusat pengajian dan keilmuan terpenting di Kelantan dan seluruh
Nusantara.
Masjid Besar Kota Bharu atau kini dikenali Masjid Muhammadi mula dibina
pada tahun 1921 (menggunakan batu) menggantikan bangunan
kayu. Masjid tersebut siap sepenuhnya pada tahun 1931. Ia
dianggap bangunan tercantik di Kota Bharu dan di antara bangunan terawal
mendapat bekalan elektrik sepenuhnya.
Kewujudan Masjid Besar Kota Bharu menyerlahkan fungsi masjid sebagai
pusat perkembangan ilmu. Berhampiran bangunan Masjid Besar Kota
Bharu dan kawasan sekitar telah wajud beberapa pusat pengajian Islam dan pusat
pentadbiran Islam.
Sultan Ahmad (1886 - 1889) menggantikan Sultan Muhammad II juga
mengikuti usaha pemerintah sebelumnya dalam usaha mengembangkan ajaran
Islam. Kelas-kelas agama dikendalikan oleh ulama terkenal semakin
banyak dibuka.
Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
merupakan satu sejarah besar kepada pekembangan Islam di Kelantan. Ia satu
bukti usaha pihak istana ingin memperkukuh dan menyediakan satu badan khas
untuk mentadbir urusan keagamaan dan kebajikan bangsa Melayu di Kelantan.
Penubuhan MAIK dilakukan pada 24 Disember 1915 bersamaan 16 Safar 1334
dilakukan atas titah Sultan Muhammad IV (1900 - 1920). Dengan adanya
MAIK segala urusan keagamaan dikendalikan oleh pegawai mempunyai kemahiran
khusus dan sumber kewangan yang dirancang untuknya.
MAIK menerbitkan majalah Pengasuh pada 1918 yang antara lain bertujuan
memudahkan usaha penyebaran pengetahuan Islam kepada
rakyat. Penyunting kehormat pertama Pengasuh ialah Haji Muhammad
Yusof bin Ahmad atau lebih dikenali Tok Kenali, seorang ulama tersohor
Kelantan.
Pengasuh menjadi media terpenting menyebarkan fatwa-fatwa yang
dikeluarkan oleh mesyuarat ulama dan menjawab persoalan berkaitan agama yang
dikemukakan oleh pembaca.
Pengasuh menjadi medan perbincangan dan sumber ilmu Islam terpenting. Pengasuh masih diterbitkan sehingga sekarang dalam bentuk majalah agama lebih golbal.
Pengasuh menjadi medan perbincangan dan sumber ilmu Islam terpenting. Pengasuh masih diterbitkan sehingga sekarang dalam bentuk majalah agama lebih golbal.
No comments:
Post a Comment