Wednesday, 1 November 2017

JUMLAH KETUA ISI RUMAH DALAM KATEGORI MISKIN TEGAR

Dalam memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan selaras dengan konsep inklusiviti, kerajaan amat prihatin terhadap golongan miskin dan sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan.

Terdapat pelbagai program dan bantuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan negeri, khususnya bagi memastikan kadar kemiskinan terus dikurangkan.

Antara langkah yang diperkenalkan kerajaan termasuk program Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) yang kini dikenali sebagai ‘Development of Women Entrepreneurs Initiative’ (DEWI) yang bermatlamat untuk memberi latihan kepada golongan sasar supaya dapat menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup.​​​​​​​

Sehingga 12 Oktober 2017, sebanyak 64,894 ketua isi rumah yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih adalah berstatus miskin tegar.

Daripada jumlah itu, ketua isi rumah di kawasan luar bandar lebih ramai dikategorikan sebagai miskin tegar.


Di luar bandar, seramai 35,916 ketua isi rumah berstatus miskin tegar manakala di bandar pula ialah 28,978.

No comments:

Post a Comment