Friday 17 August 2018

Kisah bapa mentua kuat main

Kisah bapa mentua kuat main. Bapa mentua aku tinggal bersama aku. Kata suami aku, elok bapanya tinggal bersama kami kerana di kampung bapa mentua aku tinggal seorang sahaja. 
 
Ibu mentua aku telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Manakala adik beradik suami aku semua telah berkeluarga dan tinggal di tempat lain.

Bapa mentua aku pesara tentera. Berumur sekitar 60-an. Namun keadaan kesihatannya masih baik. Tidak mengalami atau mengidap penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung. Keadaan kesihatan yang baik itu mungkin kerana amalan menjaga kesihatan yang diamalkan sejak dalam perkhidmatan tentera lagi.

Mengikut apa yang diceritakan bapa mentua kepada aku, dia masa dalam perkhidmatan tentera dahulu berkhidmat dalam tentera darat. Katanya dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). 
 
Dia berbangga menjadi sebahagian rakyat yang berjuang menentang pengganas komunis. Banyak operasi yang dia sertai. Boleh dikatakan hutan di seluruh pelusuk negara telah dia redah demi membela dan mempertahankan negara tercinta.

Setiap kali menyertai operasi, padanya tidak ada rasa takut atau gentar biarpun ramai rakan yang terkorban dan tercedera. Segala-galanya diserahkan kepada takdir. Apa yang penting kedaulatan negara perlu dipertahankan dengan penuh jiwa raga.

Sebab itu, apabila ada pihak yang mendakwa komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar, bapa mentuaku akan marah. Dia berasa dirinya terhina dan pengorbanannya tidak dihargai. 
 
Jika, komunis dianggap pejuang, apa pula gelaran untuk tentera? Salah satu pihak perlu dianggap sebagai musuh. Takkanlah tentera pula yang hendak dianggap atau dipanggil sebagai musuh?

Katanya, golongan muda hari ini perlu bijak menilai sejarah. Jangan kerana ingin menyokong pihak tertentu, mereka ingin mengubah sejarah. 
 
Golonan muda hari ini tidak melalui saat gentir menuntut kemerdekaan dan melalui zaman darurat yang dicetuskan oleh pengganas komunis. Mereka ini pengkhianat kepada negara. Tindakan mereka perlu dikutuk dan dipersalahkan atas apa yang telah dilakukan pada masa dahulu.

Aku sentiasa menjadi pendengar setia kisah-kisah pejuangan bangsa Melayu dan Askar Melayu menpertahankan negara. Kadang-kadang berulang-ulang cerita sama yang diberitahu. Macam satu iklan seorang datuk dengan cucunya mengenai cerun nak runtuh. Banyak kali datuknya bercerita kepada cucunya tentang perkara itu.

Namun, aku tidak pula bosan mendengarnya. Tidak kisahlah sudah berapa kali dia ulang cerita itu. Aku tetap setia mendengarnya. Macam juga melihat cerita-cerita Tan Sri P Ramlee yang tidak jamu-jamu biarpun telah berpuluh dan mungkin juga beratus kali menontonnya.

Hubungan dengan bapa mentua memang mesra dan rapat. Aku hormat dan sayang bapa mentua. Aku cukup berasa puas dapat melayan mendengar cerita bapa mentuaku. 
 
Sekurang-kurangnya aku tidak sunyi sangat ketika berada di rumah. Dari cerita-cerita itu aku dapat tahu tentang sejarah negara dan pada masa sama lahir dalam diri rasa cinta kepada negara dan menghargai sumbangan generasi terdahulu.

Satu lagi yang aku kenal tentang sikap bapa mentua aku ialah dia kuat main. Mengikut ceritanya, masa muda dahulu dia aktif bermain bola sepak, sepak takraw badminton dan ragbi. Dia menjadi pemain mewakili RAMD dalam pertandingan antara kor.

Sebab itu, pada setiap petang pasti dia akan keluar bermain di padang permainan dekat dengan rumah aku. Tidak kisahlah dengan siapa dia bermain asalkan dapat bermain. 
 
Dengan kanak-kanak pun dia bermain. Kalau tidak ada sesiapa yang boleh dia buat rakan bermain, akulah yang dijadikan sasaran untuk bermain.

Biasanya aku bermain badminton dengan bapa mentua aku. Itupun permainan yang boleh aku main dengan bapa mentuaku. Takkanlah nak main bola sepak pula.

OK lah. Rasanya itu sahaja cerita aku mengenai bapa mentua yang kuat main. Semoga mendapat manfaat coretan cerita ini, terutama berkaitan kisah perjuangan tentera mempertahankan negara. 
 
Cintailah negara kita dan hargai jasa pengorbanan generasi dahalu mempertahankan negara, terutama kepada anggota keselamatan.

No comments:

Post a Comment