Saturday 11 August 2018

Kebaikan aktiviti mendaki bukit

Aktiviti mendaki bukit semakin menjadi kegilaan ramai. Bukit kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk di kalangan orang berumur dan kanak-kanak.

Bukit adalah kawaan tanah tinggi berbading kawasan sekitarnya. Bukit biasanya ada puncak. Tidak ada ketinggian khusus untuk membezakan bukit dengan gunung. 

Namun, kebiasaanya ketinggian 1000 meter dari aras laut akan membezakan antara bukit dan gunung. Mana-mana punca melebihi 1000 meter akan dipaggil gunung. 

Tetapi, bagi kawasan yang sememangnya berada di dataran tinggi yang semua kawasan sudah berada melebihi 1000 meter dari paras laut, maka sesuatu kawasan sudah dipanggil gunung jika ketinggiannya melebihi 300 meter dari kawasan lain di sekelilingnya.

Kembali kepada tajuk asal iaitu mendakit bukit, aktiviti itu amat baik dilakukan. Aktiviti mendaki bukit mampu mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio.

Mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius.

Sebab itu mereka yang sering mendaki bukit mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang.

Sekalipun mendaki adalah senaman terbaik, namun ia tidak bermakna anda memanjat bukit sebenar. Memilih kawasan tinggi dengan ketinggian 10 meter dan puncak rata sudah memadai. 

Berjalan perlahan, mendaki dengan cara berlari dan menuruni bukit membuatkan jantung bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah seluruh ke badan.

Dengan cara ini badan akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Selain membantu menurunkan berat badan, latihan kardiovaskular yang konsisten meningkatkan stamina dan badan menjadi lebih sihat.

Latihan kardiovaskular turut membantu menstabilkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

Mendaki bukit bukan sahaja mencabar fizikal, tetapi juga minda. Keinginan mendaki sampai puncak mencabar minda biarpun fizikal sudah keletihan. Apatah lagi jika aktiviti itu dilakukan secara berkumpulan. Ia memberi semangat kepada individu yang kurang kekuatan fizikal untuk terus mencuba dengan galakan dan dorongan rakan-rakan lain.

Sampai di puncak, tidak kira berapa ketinggiannya, adalah satu kejayaan dalam setiap misi mendaki bukit. Kepada individu yang selama ini berasa diri tidak berupaya mendaki setinggi itu, akan berasa satu kepuasan amat sangat.

Dalam mendaki bukit, keupayaan orang tentu terbeza. Ada yang berstamina tinggi, mendaki bukit mungkin dilakukan sambil berlari perlahan tanpa berhenti dan terus sampai ke puncak. 

Bagi yang lain, tambah pula mempunyai fizikal besar, melangkah perlahan-lahan dan terpaksa berehat menarik nafas panjang-panjang mungkin terpaksa dilakukan. 

Bagaimana cara pun dan berapa masa diambil, apa yang penting anda sampai di puncak. Lakukan yang terbaik untuk diri anda.

No comments:

Post a Comment