Saturday, 11 August 2018

CARI TEMAN MAIN LUBANG


Membaca tulisan di gambar di atas tentu sekali membawa konotasi atau maksud yang buruk. Tambah lagi, gambar wanita cantik yang berada di kiri kanan. Sebenarnya ada empat wanita cantik berada di dalam gambar itu. Melihat gambar itu dan membaca tulisannya, tentu sekali kefahaman kebanyakan kita merujuk kepada unsur seks.

Inilah pentingnya kita berlapang dada apabila melihat dan membaca sesuatu. Jangan mudah membuat penghakiman dengan maksud yang buruk. Fikir dengan sejenak apa sebenarnya. Kebenaran akan lahir apabila kita berfikir tanpa prejudis. Fikir untuk mengetahui apa maksud sebenarnya.

Maksud 'cari teman main lubang' itu bukan berunsur seks. Sebaliknya istilah yang diguna untuk cari teman bermain golf. Lubang yang dimaksudkan ialah lubang bola golf.  

Lain tempat lain bahasanya. Samalah, lain padang lain belalangnya. Semoga hidup kita diberkati dengan akal yang senitasa bijak dan tenang.

No comments:

Post a Comment