Wednesday, 27 February 2019

TEMPAT NYAMUK MEMBIAK


Nyamuk mudah membiak di tempat air bertakung, yang berpunca sikap individu yang tidak mengambil berat mengenainya. 

Banyak individu yang tidak memberi kerjasama dengan alasan itu satu perkara biasa. Tempat yang boleh membiakkan nyamak seperti seperti bekas yang boleh menakungkan air seperti tayar, botol dan bekas plastik dibuang merata-rata. Begitu juga tempat takungan yang tidak digunakan juga dibiarkan menakung air. 

Biasanya, orang ramai mula ‘melatah’ hanya apabila berlaku kes kematian akibat wabak itu. Paling ketara apabila keluarga sendiri yang menjadi mangsanya. 

Itupun masih ada yang menganggapnya sebagai takdir, tidaklah perlu rasa terlalu bimbang. Sesungguhnya, takdir boleh diubah jika kita berusaha menghindarnya. 

Seharusnya kita semua harus lebih serius dalam usaha pembasmian nyamuk. Tanggungjawab ini satu usaha menjaga keselamatan dan keselesaan semua. 

Usaha pembasmian nyamuk tidak harus hanya giat dilakukan apabila ada sesuatu wabak penyakit melanda. Sedangkan pada masa lain, kita mula ambil sikap acuh tidak acuh sahaja soal ancaman nyamuk. 

Sepatutnya, nyamuk harus dipandang sebagai musuh manusia sepanjang masa. Amalan mencegah pembiakan nyamuk perlu dilakukan secara berterusan. Kalaupun tidak membawa wabak penyakit, nyamuk sentiasa mengganggu kita dengan gigitannya. 

Banyak wang dibelanjakan untuk membeli racun penyembur nyamuk disebabkan kita tidak mengawal tempat pembiakan nyamuk.

Lebih untung dan selamat jika kita mengutamakan pembasmian tempat pembiakan nyamuk daripada menggunakan racun penyembur nyamuk yang juga memberi kesan sampingan kepada manusia.

No comments:

Post a Comment