Pantai Ndo merupakan taman rekreasi
bagi penduduk bandar Tumpat dan kawasan sekitarnya. Sejarahnya telah bermula
sejak puluhan tahun lalu.
Mengapa taman itu dikenali Pantai Ndo?
Perkataan 'ndo' dalam dialek Kelantan adalah merujuk kepada buaian. Pada masa
dahulu, di taman itu terdapat buaian dan jongkang jongkit untuk kanak-kanak.
Walaupun di situ juga terdapat jongkang jongkit atau dalam dialek Kelantan dipanggil conget cakdong, nama ndo lebih mudah disebut. Bayangkan jika nama Pantai Conget Cakdong digunakan.
Selain itu terdapat juga kerusi batu yang biasa kita lihat dalam filem zaman P Ramlee.

Kanak-kanak yang hadir di situ tidak
melepaskan peluang untuk bermain ndo. Manakala ibu bapa pula berpeluang untuk
menikmati suasana damai di situ.
Ia juga menjadi lokasi pasangan
kekasih bertemu. Manakala remaja pula menjadikannya tempat lepak.
Satu fakta mengapa dipanggil 'pantai' atau 'pata' sedangkan tempat itu sebenarnya
berada di tebing sungai. Terdapat pulau yang menjadi pemisah tempat itu dengan
laut luas.
Mengikut cerita orang dahulu, tempat itu memang asalnya mengadap laut luas dan layak dipanggil pantai. Namun, hasil pemendapan lumpur dan tumbuhnya pokok nipah dan bakau, lama kelamaan terbentuk 'pulau' di hadapan Pantai Ndo yang menjadikan tempat itu tidak lagi sebagai pantai. Biarpun kawasan itu bukan lagi pantai, nama asal masih digunakan sampai sekarang.

Pantai Ndo sehingga kini kekal sebagai
taman rekreasi dengan disediakan kemudahan taman permainan kanak-kanak yang lebih
menarik.
Ia juga menjadi lokasi pelbagai program
anjuran kerajaan, NGO mahupun syarikat.
Pembinaan benteng konkrit di tepi
sungai memberi keselesaan dan selamat untuk pengunjung berada di tepi sungai.
Selain itu ia menjadi pengkalan untuk bot dan perahu berlabuh di situ.
Bilakah pertubuhan Padang Ndo?
ReplyDelete