Bachok salah sebuah jajahan (daerah) di
Kelantan. Pusat pentadbiran daerah Bachok terletak di pekan Bachok yang terletak
kira-kira 25 kilometer dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Keluasan jajahan Bachok
kira-kira 264 kilometer persegi.
Bachok terkenal sebagai jajahan pelancongan
kerana mempunyai pantai peranginan seperti Pantai Irama, Pantai Kandis, Pantai Kemayang,
Pantai Melawi dan Pantai Senok.
Nama Bachok dikatakan berasal dari dua perkataan Siam iaitu
Ban dan Choh. Ban bererti kampung dan Choh pula bermakna jala/jaring untuk
menangkap ikan.
Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata
pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya
bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.
Namun, ada juga mengatakan nama Bachok dari perkataan ban dan chak. Ban adalah kampung, manakala chak pula bermaksud nipah. Di kawasan Bachok memang terdapat banyak pokok nipah. Bahkan, sekarang ini ada satu kampung dikenali Kampung Nipah, berhampiran dengan Pantai Irama.
Jadi, tidak pasti adakah ia dari perkataan ban dan choh atau ban dan chak.
Sekarang ini keturunan Siam banyak tinggal di Kampung Balai dan
Kampung Aril.
No comments:
Post a Comment