Oleh kerana adanya setia kawan
yang kuat dan padu, masyarakat Islam pada zaman awal Islam tidak boleh
dipermainkan oleh sesiapapun. Mereka mempunyai maruah yang tinggi dan disegani
kerana mereka prihatin terhadap kesusahan dan kesulitan saudara mereka.
Mereka bertindak tegas terhadap
orang kafir yang cuba menceroboh dan menjatuhkan maruah Islam dan umat Islam.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Muhammad pesuruh dan mereka yang bersama-samanya bersikap tegas terhadap
orang-orang kafir dan saling berkasih sayang sesama mereka.” (Surah Al-Fath,
ayat 29)
Tetapi ketegasan dalam tindakan
mereka sentiasa berpegang kepada keadilan. Mereka akan memihak kepada yang
benar, walaupun terpaksa menghukum diri serta saudara. Mereka berpegang kepada
prinsip yang ditetapkan al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu kitab supaya kamu menjalankan
hukuman di kalangan manusia dengan apa yang dipeliharakan kepada kamu kepada
Allah dan jangan kamu menjadi pembela kepada orang yang khianat." (Surah
al-Nisa, ayat 105)
Ayat itu mengenai Ibn Ubairaq
yang mencuri sebilah pedang dan kemudian melemparkan tuduhan kepada seorang
yang tidak bersalah. Orang yang dituduh itu sama ada daripada kalangan orang
Ansar atau Yahudi.
Larangan menjadi pembela kepada
pengkhianat itu merangkumi perbuatan khianat terhadap orang Islam atau kafir
muahad (yang memeterai perjanjian damai dan hidup bersama secara aman). Keadilan
menjadi pegangan kukuh mereka dalam pelaksanaan sikap tegas.
Bersikap adil mengimbangi
ketegasan dalam hubungan mereka dengan manusia. Sikap ini perlu menjadi pakaian
bagi amalan kita supaya erti kehidupan Muslim yang sebenar dapat dibina kembali
pada zaman ini.
No comments:
Post a Comment